
‘Lima Aksara’ Buah Tangan Dua Penyanyi Legenda
Setelah sekian lama kita tidak dipersembahkan dengan sebuah lagu duo lelaki yang hebat selepas Ghazal Untuk Rabiah oleh Dato M Nasir dan Dato Jamal Abdillah pada tahun 1997 dan kemudiannya, Lagu Jiwa Lagu Cinta pada tahun 2005.
Sudah sampai masanya untuk satu lagi lagu duo lelaki daripada dua penyanyi yang tidak kurang hebatnya.
Pernah anda bayangkan apabila dua penyanyi legenda genre ‘jiwang’ bergabung menyanyikan sebuah lagu?
Nak pula penyanyi itu ialah Zamani dan Ezad Lazim. Pastilah tidak sabar mendengar dendangan lagu tersebut.
Bagi peminat dua penyanyi berstatus ‘telan kaset’ ini, anda akan dihadiahkan sebuah karya berjudul Lima Aksara yang dinyanyikan oleh Zamani dan Ezad Lazim.
Lima Aksara merupakan sebuah lagu dengan melodi yang indah ciptaan seorang komposer wanita baru bernama Mulah, dan liriknya ditulis oleh Fedtri Yahya (Noraniza Idris, Nora, Misha Omar).
Lagu ini membawa kisah pengharapan dan pergantungan diri kepada suatu kuasa yang lebih tinggi sebagai tempat pegangan, rujukan atau tunjang disaat kita berusaha untuk merubah kepada kehidupan yang lebih baik dan ia membawa pengertian yang berbeza bagi setiap individu.
Lima Aksara bakal menemui peminat muzik disemua platform digital muzik pada 28 Jun 2019 dengan Tayangan Perdana Muzik Video Lima Aksara pada jam 10:00 malam di Channel Youtube Broadway NuMusic.
Tonton teaser muzik video ini pun anda sudah dapat bayangkan lagu ini pasti meletop.
Trending now



