
5 Air Fryer Yang Boleh Anda Dapat Dengan Harga Bajet Bawah RM200
Dengan harga bajet bawah RM200, air fryer apa yang mampu anda miliki?
Beberapa tahun belakangan ini, alatan dapur Air Fryer atau Penggoreng Udara sering menjadi sebutan dan perhatian terutamanya dalam kalangan suri rumah. Kerana boleh menggorang makanan tanpa menggunakan sebarang minyak, Air Fryer merupakan satu keperluan dalam isi rumah yang mengamalkan hidup lebih sihat.
BACA: 5 TV Yang Boleh Anda Dapat Dengan Bajet Bawah RM300
Sempena jualan 12.12 yang akan berlangsung, kami senaraikan lima jenis Air Fryer yang boleh anda masukkan dalam raga pembelian.
1. Russell Taylors Air Fryer Large (3.8L) – RM199.99
Jika isi rumah anda melebihi lima orang, kami sarankan untuk anda pertimbangkan membeli Air Fryer jenis ini kerana saiznya yang agak besar iaitu 3.8 liter.
Untuk yang tidak tahu, jenama Russell Taylors merupakan salah satu jenama peralatan dapur yang sudah lapan tahun di Malaysia memiliki pengikutnya yang tersendiri kerana tawaran kualiti yang ditawarkan adalah sangat berbaloi untuk mereka yang memiliki bajet yang terhad.
Tak tahu nak masak apa? Boleh sertai kumpulan Facebook pengguna Russell Taylors DI SINI.
2. PerySmith 3L Mini Air Fryer x Bossman Kaden – RM 147
Jenama PerySmith juga merupakan salah satu jenama yang kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Untuk produk Air Fryer di bawah RM200, anda boleh dapatkannya dengan warna hitam merah jambu atau pun hijau pudina.
Untuk yang baru berumah tangga atau pun bujang, memang sesuai sangatlah beli Air Fryer jenama PerySmith ini kerana saiznya yang kecil dan comel.
3. Khind ARF-26 2.6L – RM139
Untuk yang bujang, air fryer Khind ini paling sesuai kerana saiznya yang kecil.
4. Samu Giken 3.6L – RM146.90
Samu Giken adalah jenama pilihan yang boleh anda consider untuk peralatan rumah anda sekiranya anda mencari barangan yang berkualiti tapi harganya masih berada dalam lingkungan bajet anda.
5. Gisel 4.8XL – RM189.99
Dengan harga serendah RM189.99, anda boleh dapat sebiji air fryer dengan saiz sebesar 4.8L. Bukan itu sahaja, air fryer ini lengkap dengan timer dan temperature control.
Trending now



