Iran Maut Percaya Arak Elak Jangkitan Covid-19

44 Maut Di Iran Akibat Minum Arak Buatan Sendiri, Percaya Mampu Elak Jangkitan COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setakat ini, pakar perubatan hanya menyarankan menggunakan penutup muka dan pencuci tangan (hand sanitiser) bagi memcegah jangkitan wabak Covid-19. Penawarnya masih belum lagi dijumpai, namun ada sahaja yang mengatakan virus ini boleh dicegah dengan jika mengamalkan makanan tertentu.

Seperti di Iran, 44 orang maut akibat keracunan alkohol kerana meminum arak yang diprores secara haram (buatan sendiri) selepas percaya ia dapat mengelakkan jangkitan virus berkenaan.

IRNA melaporkan, ramai mangsa yang terdesak untuk melindungi diri daripada terkena jangkitan di negara paling teruk terjejas akibat virus itu selepas China, terdorong untuk minum arak yang dibuat secara haram itu.

Jumlah kematian tertinggi akibat keracunan itu berlaku di wilayah barat daya Khuzestan di mana 16 kematian dilaporkan pada Selasa (10 Mac), membawa kepada keseluruhan 36 orang.

Iran Maut Percaya Arak Elak Jangkitan Covid-19

Tujuh lagi orang maut akibat keracunan alkohol di wilayah bahagian utara Alborz dan seorang di Kermanshah, barat Iran.

Alkohol diharamkan sama sekali di Iran, kecuali bagi kumpulan minoriti bukan Islam tetapi media tempatan sering melaporkan kes keracunan alkohol akibat meminum arak buatan sendiri.

Iran kini berusaha membendung penularan wabak COVID-19 yang sudah merebak ke semua 31 wilayah di negara itu, mengorbankan 291 orang selain menjangkiti lebih 8,000 orang.

Mujurlah di negara ini, kepercayaan ‘mampu’ merawat wabak ini hanya kepada dengan memakan ikan singgang, kangkung, air lemon dan air kelapa. Apa pun, yang paling penting elak berada di kawasan orang ramai dan kerap membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitiser.

Sumber: BH