Penyokong Indonesia Baling Suar Penyokong Malaysia

41 Penyokong Malaysia Dan Indonesia Ditahan, Peristiwa Baling Suar Berulang Kembali

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seramai 41 individu membabitkan 27 orang penyokong Malaysia dan 14 orang penyokong Indonesia ditahan pihak polis selepas tamat perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten  Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon mereka kesemuanya ditahan hanya untuk tujuan dokumentasi kemudiannya dibebaskan selepas dokumentasi selesai.

Penyokong Indonesia Baling Suar Penyokong Malaysia 1

Sebaik sahaja jaringan dilakukan oleh Safawi Rashid (Malaysia), provokasi tercetus di dalam stadium apabila penyokong Indonesia dipercayai menyalakan dan membaling suar ke arah penonton.

Walau bagaimanapun keadaan terkawal apabila anggota keselamatan bertugas bertindak cepat memadamkan api dan mengawal keadaan.

Bukan itu sahaja, sebelum suar dibaling, penyokong Malaysia turut dibaling dengan beberapa objek oleh penyokong Indonesia.

Malah selepas tamat perlawanan, penyokong Malaysia didapati cuba melakukan provokasi terhadap penyokong Indonesia dengan berkumpul di hadapan Pintu E yang dikhaskan sebagai laluan penyokong Indonesia.

Namun keadaan berjaya ditenangkan oleh pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang membuat kawalan di lokasi.

Pelawanan semalam menyaksikan Malaysia menewaskan Indonesia dengan kumpulan mata 2-0 menerusi dua gol hasil jaringan Safawi Rasid pada minit ke-30 dan ke-73.

Kemenangan ini merupakan kemenangan kali ketiga berturut-turut selepas Malaysia berjaya menewaskan Thailand dengan mata 2-1 (Kelayakan Piala Dunia) dan Tajikistan 1-0 (persahabatan antarabangsa).

Sumber: Harian Metro

Kemunculan Stan Lee dalam filem MCU pastinya dirindui.

STAN LEE – MCU Cameo (2008-2019)

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.