Staf

4 Tip Berguna Yang Boleh Diamalkan Oleh Setiap Pemilik Bisnes Untuk Bagi Staf ‘Happy’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sikap toleransi dan tolak ansur di antara majikan dan pekerjanya adalah sangat penting bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang sihat.

Lazimnya, menurut personaliti usahawan popular, Gary Vaynerchuk, suasana kerja yang sihat ini dapat melahirkan staf yang ‘happy’ seterusnya menjamin produktiviti kerja yang lebih baik.

Terdapat beberapa tip berguna yang boleh diimplimentasikan oleh para usahawan atau pemilik bisnes bagi menyelia pekerjanya agar sentiasa ‘happy’.

Tip ini dikongsikan oleh Azinuddin Aziz dari Fynaz Empire Beauty di Facebooknya berikut untuk dijadikan manfaat kita bersama.

Staf

4 tips dari Garyvee untuk business owner yang aku implement. Insya-Allah dapat jadikan kita dan staff lebih gembira bila bekerja. 😄

1) Cara interview – Takde satu pun cara interview yang boleh pastikan kita akan dapat team yang berkualiti. Tak kira la kita interview sampai 3-5 layer sekali pun. Jadi caranya. Just hire je dulu. Kalau tak sesuai dalam trial period, kita terminate secepat mungkin.

Apa yang aku implement – Biasanya aku akan terminate dalam masa 1 jam – 1 minggu awal. Kalau staff baru tu ada masalah tak tau buat kerja, kita boleh ajar. Tapi kalau ada masalah attitude. Contoh hari pertama dah tak boleh beri kerjasama, boleh terminate. Supaya staff baru tu dapat peluang cari kerja lain yang sesuai dengan dia. Dan tak buang masa yang lama dalam syarikat kita. Win-win. ❤

2) Siapa yang kita mesti buang dari syarikat – Garyvee cakap, tak kira staff tu top sales. Performance paling bagus. Jawatan paling tinggi. Tapi kalau ada staff tu, majoriti staff lain jadi tak happy untuk bekerja. Jadi kita mesti buang staff tu dari syarikat.

Apa yang aku implement – Tanya staff, dia orang ada masalah tak bila bekerjasama dengan staff yang lain. Yang tak disenangi oleh ramai staff lain kita tegur. Kalau tak jalan juga, kita terpaksa terminate. Supaya masing-masing boleh happy bila buat kerja. Staff akan jadi seronok dan jadi motivated nak bekerja dengan cara ni. 🙃

3) Tak boleh mintak staff berhempas pulas macam majikan – Pastikan staff jalankan kerjanya dengan baik dah cukup bagus. Garyvee cakap kalau nak staff bermati-matian bila kerja dengan kita. Ada 1 cara je, bagi share 50% dekat staff tu. Baru la dia akan kerja bermati-matian. Sebab tu dah jadi company dia juga.

Apa yang aku implement – Bagi KPI daily (setiap hari tak sama) untuk apa yang dia orang perlu capai haritu. Tak perlu mintak dia orang kerja bermati-matian. Dapat capai KPI dah cukup baik. Alhamdulillah 🤲

4) Keinginan setiap staff berlainan – Cari masa untuk tanya sendiri. Atau cari seseorang yang staff lain selesa untuk bercerita. Untuk tanya apa sebenarnya setiap staff tu nak bila bekerja. Setiap orang lain kemahuannya mengikut masa.

✅ Contohnya, Ahmad masa umur 25 tahun. Dia nak gaji besar, tak kisah kerja lebih masa dan takde masa untuk diri sendiri.

✅ Tapi bila dan masuk 28 tahun. Ahmad dah tak kisah gaji dia kecil. Sebab isteri dia pun bekerja. Yang penting sekarang dia nak ada masa untuk anak-anak dan keluarga.

Jadi kita kena sentiasa up-to-date apa yang staff kita nak masa dia bekerja. Tak semua orang bekerja untuk income besar semata-mata.

Apa yang aku implement – Walaupun jarang jumpa dengan staff sendiri, sebab semua WFH. Aku cuba WhatsApp personal kadang-kadang tanya.

👉 Okay ke kerja sini?

👉 Tak nak berhenti ke cuba buat bisnes sendiri? Insya-Allah aku boleh tolong mana yang mampu.

👉 Tak nak cuba belajar buat iklan ke? Income boleh tinggi sikit kalau belajar buat iklan. Tapi susah sikit la.

👉 Kalau rasa tak sesuai dengan kerja atau jawatan ni boleh bagitau je ya?

Aku tanya soalan-soalan ni supaya aku boleh adjust ke mana position dan task yang sesuai untuk dia orang bila bekerja. Takde la rasa terbeban buat kerja yang dia orang tak suka.

🙏 Akhir sekali, yang aku nampak kita semua kalau boleh nak hidup dalam keadaan happy dan tenang-tenang je. Definasi happy untuk setiap orang berlainan.

Ada yang suka duit banyak, ada yang suka banyak masa dengan keluarga, ada yang suka kejar sales banyak. Semua tu tak salah, asalkan kita happy buat benda tu.

Sebab hidup ni terlalu singkat untuk kita bersedih. Insya-Allah, aku doakan semua yang baca post ni sampai habis dapat kegembiraan yang korang tengah cari dalam hidup ni. Aminnn 🤲

BACA: Erti Sebenar Empati Seorang Bos Terhadap Staf Yang Wajar Dijadikan Sebagai Ikutan

Sumber: Azinuddin Aziz