Iklan Trivago 2

4 Tahun Jadi ‘Akak Trivago’, Dahlia Shazwan Luah Rasa Sedih Tinggalkan Jawatannya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sedar tak sedar, empat tahun sudah iklan Trivago menampilkan Dahlia Shazwan sebagai duta platform perbandingan dalam mencari penginapan paling murah di seluruh negara.

Terkenal dengan trademark ‘Hotel? Trivago’, suara Dahlia Shazwan yang juga dikenali sebagai ‘Akak Trivago’ bukan sahaja disukai oleh penonton daripada golongan dewasa, malah kanak-kanak seawal usia bayi pun boleh terpesona sehingga ternganga melihat iklan tersebut.

Iklan Trivago 1

Setelah empat tahun memegang jawatan sebagai duta Trivago, Dahlia Shazwan secara rasminya mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan jawatannya di laman Instagram.

https://www.instagram.com/p/B1q2enFlems/

 

Beliau turut meluahkan rasa sedih dan bersyukur kerana sepanjang membabitannya sebagai duta Trivago, beliau sentiasa mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia.

Empat tahun bukan tempoh masa yang pendek. Pastinya, suara lunak dan wajah Akak Trivago yang menceriakan hari-hari peminatnya ini akan dirindui.

 

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1ddulXFQ9q/