
3H – Hustler, Hacker Dan Hipster: Personaliti Rakan Kongsi Untuk Bina Bisnes Yang Maju
Bagi mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan, terdapat 3 jenis personaliti rakan kongsi atau partner yang perlu anda pertimbangkan iaitu 3H – hustler, hacker dan hipster.
Teori ini telah dikongsikan oleh Faridzul Asyraf Mat Arifin melalui satu hantaran di laman Facebooknya sebagai panduan untuk orang ramai mencari partner yang sesuai dalam membina sesebuah syarikat.
Siapakah sebenarnya hustler, hacker dan hipster ini? Siapa yang lebih sesuai jadi CEO? Boleh ke kalau semuanya hipster?
Untuk menjawab persoalan tersebut, sila rujuk hantaran yang telah dibuat oleh Faridzul Asyraf Mat Arifin berikut:
3 H DALAM MEMBINA START UP
Ada pepatah yang popular – kalau nak pergi cepat, buat seorang, kalau nak pergi jauh, kena berkumpulan.
Partner dalam membina syarikat ni merupakan unfair advantage paling kritikal.
Kalau partner korang gila kerja dengan korang – jackpot.
Kalau partner korang ada ilmu yang luas dalam bisnes – jackpot.
Kalau partner korang kaya – jackpot 🤣
Ramai yang nak cari partner, tapi partner macam mana yang sepatut kita cari dalam membina syarikat dengan kita. Saya kongsi 3H yang popular dalam dunia Start Up:
Hustler
Hacker
Hipster
1) Hustler
Personaliti ini adalah orang yang paling rajin dan tabah antara ketiga-tiga ni. Dia seorang yang suka mencuba benda baru, explore benda yang orang tak nampak takut nak cuba. Juga hustler ada attitude – need make it happen by hook or by crook.
2) Hacker
Dia suka membina dan boleh buat sesuatu yang tiada kepada ada. Kepakaran dalam coding dan dunia bahasa komputer adalah kemahiran yang dia ada. Kalau berlaku down system, dia orang pertama akan selesai masalah itu.
3) Hipster
Jiwa seorang hipster sukakan kesempurnaan dan mahu lihat segalanya teratur. Semua perlu sistematik. Pengurusan kena lawa bukan atas kertas semata tapi di dunia nyata. Kalau office serabut, dialah yang akan datang waktu pagi kemas. Kalau UI tak cantik dia orang pertama yang akan komplen. Duit dah tak cukup, dia orang pertama yang akan suruh berjimat.
So dah tahu 3 personaliti ini, 1st korang kena tahu korang yang mana. Jika korang seorang hustler, carilah partner yang ada sikap hacker dan hipster, personaliti berbeza ini akan membentuk dinamik supaya start up korang boleh grow.
Ciri CEO yang perlu ada adalah Hustler.
Ciri CTO yang perlu ada adalah Hacker.
Ciri CMO/CFO yang perlu ada adalah Hipster.
Sometimes ada jugak hybrid, maknanya memiliki 2 personaliti, itu advantagelah cuma kena cari mana yang dominan.
Cuma ini hanyalah teori, bagi saya kalau jumpa partner yang sekepala tu, sanggup berkorban ikat perut sama-sama, jagalah dia betul-betul, sooner or later insya-Allah start up korang akan booming.
BACA: Amalan Bisnes Oleh ‘Founder’ Melayu Dan Bezanya Dengan Kaum Lain
Sumber: Facebook Faridzul Asyraf Mat Arifin