gula putih

Ketagihan Gula Putih? Ini 10 Sebab Kenapa Kita Patut Kurangkannya Dalam Kehidupan Seharian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Suka dengan makanan dan minuman manis? Hati-hati, anda mungkin seorang penagih gula putih yang melampau.

Gula putih bukan sesuatu yang tidak bagus, gula juga antara makanan yang diperlukan oleh badan tetapi bukan berlebihan.

Hal ini diulas oleh seorang pengguna Facebook bernama Mazliana Mazlan. Mari kita ketahui kesan lanjut ketagihan gula putih.

Gula putih

Tak mampu sebenarnya kita nak elak sepenuhnya dari anak-anak. Terlalu banyak ada dalam makanan proses, walaupun ianya datang dari pilihan yang lebih baik.

Biskut kosong baby ada gula.

Bubur baby ada gula.

Susu tepung ada gula.

Kicap, sos tiram, sos cili ada gula.

Susah betul kan nak elak terus dari anak-anak.

gula putih

Gula ni, dah jadi antara satu bahan wajib dalam makanan ultra processed. Sampai 2, 3 jenis gula ada dalam satu pek makanan.

Sebab tu kita kena cuba sedaya nya untuk elakkan anak-anak dari makanan ultra processed.

Sebab makanan proses lain yang ada kandungan gula putih, kita masih beri anak hari-hari jugak.

Kita pun kalau baking sendiri kat rumah, masih letak gula dalam kek dan biskut anak-anak kan.

Saya kongsikan, 10 sebab kenapa kita patut kurangkan gula putih dalam kehidupan seharian, lebih lagi dari anak-anak kecil kita.

1. Gula tak bagi tenaga berpanjangan pada anak. Sebab ianya tak ada satu pun mineral, vitamin dan zat yang diperlukan oleh badan anak-anak. Yang anak akan dapat, hanya kenyang yang sekejap sebab gula yang tinggi dengan kalori.

2. Gula akan sebabkan anak kurang nak ambil mikronutrien yang diperlukan oleh badan mereka. Bila anak suka makan minum yang tinggi gula, mereka tak akan minat dengan rasa asli dari real food. Mereka akan rasa kenyang dengan makanan banyak gula, dan tak terasa nak makan makanan sihat yang ibu masak.

3. Gula tinggi dengan fruktosa. Fruktosa boleh bebankan hati anak. Fruktosa akan shut down kan terus hormon lapar iaitu ghrelin, dan anak akan makan lagi dan lagi makanan tinggi gula.

4. Gula dan High Fructose Corn Syrup yang tinggi, boleh buatkan masalah hati berlemak. Dan seterusnya akan bawa kepada banyak masalah penyakit metabolik yang lain.

5. Gula sebabkan rintangan insulin. Jaga-jaga untuk anak kecil perempuan. Bacaan insulin yang tinggi boleh bawa kepada banyak sangat masalah bila anak meningkat remaja dan dewasa, tak kira lelaki mahupun perempuan. Haid tak teratur, salah satu yang saya kerap jumpa pada pesakit yang tinggi bacaan insulin.

gula putih

6. Gula sebabkan inflamasi. Radang boleh berlaku di mana-mana jika kita tak kawal pengambilan gula.

7. Gula sebabkan berat badan bertambah. Gula punca utama kadar obesiti meningkat untuk setiap peringkat umur.

8. Gula ni sangat ketagih. Kita tak rasa bersalah ketagih dengan gula sebab kita anggap ianya makanan. Jaga-jaga, takut makanan itulah yang jadi racun.

9. Gula makanan kanser. Setiap dari kita ada sel kanser. Jaga makan minum, untuk sesiapa yang ada sejarah keluarga berkaitan penyakit ini.

10. Gula naikkan bacaan kolesterol. Bukan lemak yang naikkan kolesterol, tapi gula. Pesakit saya hentikan gula putih je beberapa bulan, terus bacaan kolesterol jadi cantik sangat.

Banyak sangat kajian. Yang gula putih, tak bawa apa-apa kebaikan pun pada kita.

Saya kongsi 10 je keburukan utama, tapi ada banyak lagi sebenarnya.

Kita cuba, jaga sebaiknya. Mungkin ada yang minum air gula setiap hari, sampai umur 50 tahun.

Alhamdulillah Allah izin tak ada pun kencing manis atau penyakit lain. Alhamdulillah.

gula putih

Kita semua, tak sama.

Genetik kita, berbeza.

Persekitaran kita, berlainan.

Taknaklah samakan kita yang tak ada apa-apa sejarah penyakit ni, dengan dia yang ada banyak sejarah keluarga darah tinggi, kencing manis dan jantung.

Tahu dan kenali ahli keluarga. Ajak anak-anak lebih titikberatkan soal kesihatan.

Kesihatan itu satu nikmat, yang sebenarnya jarang-jarang kita peduli.

Anda juga boleh follow Mazliana Mazlan di channel Telegram dan Instagram.

BACA: Jangan Terlampau Ghairah Nak Cepat Kurus, Turun Berat 2KG Seminggu Sebenarnya Tak Sihat

Sumber: Mazliana Mazlan