Keju Sihat

3 Syarat Pemilihan Keju Yang Lebih Sihat Dan Berkhasiat Untuk Anak Anda

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kanak-kanak selalunya sangat gemar makan keju atau cheese. Namun, ibu bapa perlu tahu sebenarnya terdapat banyak bahan tambahan dan pengawet di dalam keju.

Pemilihan keju asli atau yang kurang diproses serta tidak menggunakan banyak ramuan adalah penting seperti yang diajarkan oleh Dr Mazliana Mazlan di laman Facebooknya berikut:

Keju Sihat

Pilih slice cheese yang kurang diproses untuk anak-anak makan.

Berbeza tau rasa slice cheese yang asli dengan yang tinggi proses. Tekstur pun berbeza.

Yang asli lebih keras, mudah patah, dan agak kasar permukaan slice cheese.

Dulu saya tak tahu, selalu makan je slice cheese yang tinggi proses. Berkilat permukaan, lembut dan licin je tekstur nya.

Bila dah belajar sikit tentang pemakanan sihat, saya mula jadi pemilih apa yang anak-anak suka makan.

Cari slice cheese, yang bahan tak banyak. Jom baca 3 syarat pilih slice cheese.

  1. Susu, garam, culture dan rennet

– Cari cheese dengan 4 bahan ni sahaja.

– Biasanya dalam bentuk blok, tapi sekarang mudah jugak nak jumpa dalam bentuk slice dan grated.

  1. Rennet tumbuhan dan microbial

– Rennet adalah bahan yang digunakan untuk tukarkan susu kepada pepejal cheese.

– Elak cheese dari rennet haiwan, biasanya datang dari perut anak lembu, kambing dan biri-biri yang mana kita tidak tahu cara sembelihan mereka. Dan boleh jadi juga datang dari khinzir.

– Belek tanda HALAL jika rennet microbial digunakan, kerana ada juga yang dibuat dari sumber haiwan.

  1. E code dan bahan tambahan lain

– Elak cheese yang ada banyak label E code, pengawet, pewarna tambahan, dan sebagainya.

Cheese hanya perlukan 4 bahan utama sahaja. Cheese dengan bahan ramuan yang lebih banyak, bermakna ia makin tinggi diproses.

Ramai suka bagi cheese untuk anak kan. Saya pun sama. Kita cuba cari pilihan yang lebih baik terutama untuk anak-anak kecil yang baru nak kenal makanan.

Kita cuba sama-sama ya.

Tengok gambar ya, contoh untuk pilihan slice cheese yang lebih baik.

Keju Sihat

Keju Sihat

Keju Sihat

Keju Sihat

Mazliana Mazlan

Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.

BACA: Wajib Makan Sarapan Pagi Hanyalah Mitos? Doktor Beri Penjelasan Di Sebalik Makna ‘Breakfast’ Yang Sebenar