3 Sebab Utama ‘Omnibus Law’ Cetus Protes Besar-Besaran Di Indonesia

Dalam keadaan dunia sedang berjuang melawan COVID-9, Indonesia berdepan dengan satu lagi ancaman apabila lebih 5,000 mahasiswa dari 300 universiti seluruh Indonesia telah melakukan protes membantah Undng-Undang Cipta Kerja atau lebih dikenali sebagai Omnibus Law yang didakwa sebagai ancaman kepada hak pekerja.

3 Sebab Utama ‘Omnibus Law’ Di Indonesia Cetus Protes Secara Besar-Besaran
Sumber: Detik

Undang-Undang Cipta Kerja tersebut yang diluluskan tiga hari lebih awal iaitu pada Isnin lalu berbanding tempoh yang ditetapkan pentadbiran Presiden Jokowi.

Yang lebih memburukkan keadaan, Gabungan Kesatuan Pekerja Indonesia mendedahkan mereka akan mogok selama tiga hari selepas hampir sejuta pekerja meninggal kilang untuk menyertai tunjuk perasaan tersebut.

Apa Yang Sedang Berlaku Di Indonesia?Sungguhpun dengan risiko penularan COVID-19, sedang berlaku beberapa siri…

Posted by ODISI on Thursday, October 8, 2020

Bukan sekadar di jalanan, protes besar-besaran juga diadakan di dalam medium media sosial selain daripada protes secara aman yang dilakukan di lebih enam buah bandar di seluruh Indonesia.

Omnibus Law

Istilah ini pertama kali muncul dalam pidato pertama Jokowi seleas dilantik sebagai Presiden Indonesia buat kali kedua. Dalam pidatonya, Jokowi menyebut mengenai konsep undang-undang yang disebut sebagai omnibus law.

Omnibus Law menggunakan konsep yang secara formalnya menggabungkan beberapa pindaan peraturan menjadi satu bentuk undang-undang baru yang lebih tepat pada sasaran

3 Sebab Utama ‘Omnibus Law’ Di Indonesia Cetus Protes Secara Besar-Besaran
Sumber: Kompas

Omnibus Law Cipta Kerja

Konsep Omnibus Law yang diperkenalkan Jokowi di Indonesia lebih banyak berkait dengan bidang pekerjaan. Ada dua yang dicadangkan pemerintah iaitu Penciptaan Pekerjaan dan Perpajakan.

Secara keseluruhannya, ada 11 kelompok yang dibahaskan dalam Undang-Undang Penciptaan Pekerjaan, iaitu:

  1. Penyederhanaan izin tanah
  2. Keperluan pelaburan
  3. Pekerjaan
  4. Kemudahan dan perlindungan Usaha Mikro, Kecil dan Menengah (UMKM)
  5. Kemudahan berniaga
  6. Sokongan penyelidikan dan inovasi
  7. Pentadbiran kerajaan
  8. Pengenaan sekatan
  9. Kawalan tanah
  10. Kemudahan projek pemerintah
  11. Zon Ekonomi Khas (KEK)

Namun yang disahkan terdiri daripada 15 bab dan 174 pasal yang mengatur pelbagai hal bermula daripada pekerjaan hinggalah lingkungan pekerjaan.

Kesan kepada buruh

Undang-undang tersebut didakwa boleh menarik pelabur asing sebagai kunci untuk meningkatkan daya saing ekonomi terbesar di Asia Tenggara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Undang-undang baharu yang diluluskan Parlimen Indonesia ini dikatakan hampir 70% daripada tidak melindungi hak pekerja dan melonggarkan peraturan alam sekitar yang akan menyebabkan beberapa masalah kepada pekerja buruh, antaranya:

1. Kontrak tanpa batas 

Undang-undang Omnibus Law di Indonesia ini menghapus peraturan mengenai jangka waktu perjanjian kerja atau pekerja kontrak. Segala perkara mengenai jenis pekerjaan, tempoh waktu bekerja, kontrak pekerjaan semuanya akan diatur dibawah peraturan kerajaan.

Jika sebelum ini, Undang-Undang Tenaga Kerja menetakan bahawa kontrak perjanjian pekerjaan paling lama adalah dua tahun dan boleh dipanjangkan sekali maksimum setahun.

3 Sebab Utama ‘Omnibus Law’ Di Indonesia Cetus Protes Secara Besar-Besaran 2
Sumber: Detik

Namun dengan adanya peruntukan baru ini, ianya memberi peluang kepada majikan untuk mengekalkan status pekerja kontrak untuk selama-lamanya yang mana ianya jelas memberikan kelebihan kepada pihak majikan dan menjejaskan pekerja.

2. Hari cuti dipendekkan

Pekerja yang sebelum ini menikmati hari cuti dua hari seminggu terpaksa menikmati hanya sehari waktu cuti dan enam hari waktu bekerja.

Malah dalam undang-undang baru ini juga menyebabkan syarikat ‘hilang kuasa’ untuk memberikan rehat panjang dua bulan kepada pekerja yang telah bekerja selama enam tahun berturut-turut dan berlaku setiap gandaan selama enam tahun masa kerja.

BACA: Menteri Kesihatan Tak Datang, Pengacara Indonesia Terpaksa Temu Bual Kerusi Kosong

Dalam pada itu juga cuti tahunan paling sedikit diberi adalah 12 hari selepas pekerja terus bekerja selama 12 bulan selain daripada tempoh kerja lebih masa yang dibenarkan cuma empat jam sehari membawa kepada 18 jam seminggu.

3. Hak menamatkan kontrak pekerjaan

Dalam undang-undang ini, hak pekerja untuk menamatkan kontrak pekerjaan dihapuskan sekiranya pekerja merasakan mereka dianiaya majikan.

Secara ringkasnya, pekerja hanya boleh memohon untuk menamatkan kontrak mereka dengan mengadu kepada lembaga buruh jika majikan menganiaya, menghina secara kasar, memberikan ancaman dan lewat membayar gaji selama tiga bulan berturut.

Jika majikan terbukti bersalah, maka pekerja akan menerima wang pampasan dua kali ganda dan beberapa wang penghargan lain termasuklah  wang penggantian hak yang teraniaya.

Jika majikan dibuktikan tidak bersalah, maka pekerja tadi tidak akan menerima apa-apa pun wang pampasan.

4. Gaji

Selain daripada tiga di atas, undang-undang ini telah menyebabkan berlakunya perubahan pada gaji minimum sektoral yang mana akan lebih memihak kepada gabenor wilayah – gaji pemberhentian adalah sehingga gaji maksimum 19 bulan, bergantung kepada berapa lama pekerja itu bekerja. Berbanding sebelum ini, tempoh maksimumnya ialah 32 bulan.

Protes-protes yang menyasarkan beberapa kawasan utaa termasuklah Istana Presiden dan Kompleks Dewan Perwakolan Rakyat di Jakarta Pusat.

Namun pihak pemerintah mendakwa pekerja aan mendapat manfaat daripada Omnibus Law ini, antaranya:

Protes di Indonesia

Sumber: Sinar Harian, Insight Talenta, Kompas, BBC