
3 Perkara Utama Yang Perlu Difokuskan Oleh Usahawan Yang Baru Memulakan Bisnes
Menggalas tugas sebagai seorang ‘founder’, usahawan atau pemilik bisnes pastinya sangat mencabar dan sentiasa dipenuhi dengan liku-liku yang penuh dengan onak dan ranjau berduri.
Namun, bagi mereka yang baru sahaja memulakan perniagaan, sebenarnya di peringkat awal hanya terdapat 3 perkara utama dalam perancangan kewangan yang wajar diberi perhatian terlebih dahulu.
Saifullah Suratmin dari Outsource Accounting memberi tunjuk ajar dan pendedahan mengenai 3 fokus utama tersebut melalui hantaran yang dibuat di Facebooknya berikut:
3 Fokus Utama Orang Baru Bisnes
1) Fokus tambah aset
Orang yang baru bisnes mesti fikir menambah aset yang bagus. Apa itu aset bagus? Aset bagus ialah aset yang menaikkan jumlah pengeluaran, memendekkan masa pengeluaran, mengurangkan tenaga kerja atau menjimatkan kos bahan.
2) Fokus memandaikan staff
Kita mungkin tidak mampu ambil staff yang memang sudah sedia pandai. Jadi kita perlu masa untuk melatih staff kita itu jadi pandai. Supaya kita boleh segera lepaskan kerja-kerja operasi, staff kita mesti pandai. Ajar mereka cara nak guna mesin, ajar mereka cara buat kerja dengan betul, ajar mereka buat kerja menggunakan SOP. Semakin cepat staff kita pandai, semakin cepat bisnes boleh berkembang.
3) Fokus dalam marketing
Zaman sekarang adalah zaman konten. Tiada konten maka tiada masa depan. Brand besar sekarang sudah melabur banyak kepada konten yang bermutu. Untuk dapatkan konten yang bermutu perlukan kuantiti konten yang banyak. Kita budak baru, kita buat konten yang percuma, yang memandaikan bakal pelanggan, yang mendidik pelanggan. Nanti mereka sudah kenal kita, sudah ada kepercayaan, urusan menjual jadi senang.
3 perkara inilah yang mesti masuk dalam perancangan kewangan kita. Inilah bahagian yang kita perlu beri tumpuan. Kita tidak payah buat personal branding dengan cara menari dan bergelek, kita fokus kepada menambah aset, memandaikan pekerja dan content marketing.
BACA: 2 Cara Paling Mudah Untuk Buat Konten Viral Bagi Mereka Yang Berniaga
Sumber: Saifullah Suratmin