Pemain Juventus Positif Covid-19

3 Pemain Juventus Positif Covid-19, Perlawanan Terpaksa Ditunda

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Angka kematian dan jumlah pesakit positif wabak Covid-19 atau koronavirus semakin meningkat di Itali, menjadikan negara itu sebagai negara Eropah paling tinggi jumlah pesakit.

Ini termasuklah tiga orang pemain Juventus yang turut dilaporkan positif wabak berkenaan, menyebabkan pasukan ini meletakkan kesemua pemain bawah 23 tahun mereka ke pusat kuarantin selepas pemain-pemain mereka menunjukkan tanda-tanda simptom penyakit terbabit.

Lima perlawanan Serie A Itali yang dijadualkan minggu ini, termasuk pertembungan menarik membabitkan Juventus dan Inter Milan ditangguhkan susulan krisis penularan koronavirus (Covid-19) di negara itu menurut pengendali liga bola sepak Itali.

Pemain Juventus Positif Covid-19
Sumber: Forbes

Turut dilaporkan, Juventus telah menghentikan semua sesi latihan mereka buat sementara waktu.

Beberapa kawasan mulai terjejas di Itali termasuk Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna, manakala Bergamo dan Milan. Setakat ini, sebanyak 1,128 kes disahkan positif Covid-19 dengan 29 kematian.

Sumber: Forbes