
3 Faktor Kejayaan Dan Kekayaan Kaum Cina Dari Sudut Pandangan Orang-Orang Tua
Memang terdapat banyak perbezaan dari segi amalan hidup masyarakat Melayu dan Cina di negara kita yang dapat dilihat sejak dari dulu.
Jika diperhatikan, kejayaan dan kekayaan masyarakat Cina banyak bergantung kepada amalan dan fahaman mereka yang dipraktikkan sejak turun-temurun lagi.
Hasil dari pergaulannya dengan golongan warga emas berbangsa Cina, Mohd Salleh Mazukhi telah membuat perkongsian berikut di Facebooknya bagi memperlihatkan 3 faktor yang dipercayai menjadi penentu kejayaan dan kekayaan masyarakat Cina berbanding dengan budaya hidup masyarakat Melayu di Malaysia selama ini.
Kenapa orang Cina berjaya dan ramai yang kaya?
Benda ni atok dapat dari pergaulan dengan orang-orang tua Cina ketika dulu.
- Prinsip
Orang Cina takut menjadi miskin kerana orang yang miskin itu dipandang rendah di dalam budaya mereka. Kata rakan atok seorang apek tua, kalau miskin orang kenduri kahwin pun tak jemput. Dah tu kahwin banyak pakai duit, mati pun banyak pakai duit.
Sementara itu kita orang Melayu budaya kita tidak begitu, semua sama rata kaya atau miskin. Malahan ramai yang macam bangga mengaku miskin.
- Harta
Orang Cina kalau ada sebidang tanah akan diusahakan secara maksima sampai boleh buat hasil yang cukup untuk hidup. Orang kita, tanah yang terbiar pun banyak. Kalau tanam pun hanya pokok yang senang dijaga tapi hasil kurang lumayan.
Geran pula akan dicagarkan ke bank untuk dapat loan dan buat modal perniagaan. Loan tersebut pula akan dilunaskan secepat mungkin dan adik-beradik yang lain pula cagarkan dan buat modal perniagaan. Dan akhinya semuanya jadi kaya dan tanah itu tetap ada, tak hilang.
Orang kita semua adik-beradik berpakat jual tanah dan bahagi faraid. Maka tanah pun hilang, last last duit pun habis.
- Derma
Prinsip orang Cina bila dah kaya dia berlumba-lumba untuk derma contohnya untuk pembinaan sekolah. Tapi yang nak bina sekolah tak meminta-minta, orang kaya yang berebut menderma.
Sementara kita, berduyun meminta-minta derma untuk bina sekolah atau apa saja, sampai banyak tin Milo ditadah di merata tempat termasuk sampai di pasar ikan. Sementara ramai orang kaya pula berlumba-lumba menyimpan dan melabur untuk menambah kekayaan, ada la sorang dua yang perihatin menderma.
Kesimpulannya, orang Cina berlumba-lumba menderma dan orang kita pula berpusu-pusu meminta derma.
BACA: Rahsia Bagaimana Masyarakat Cina Di Malaysia Bina Kekayaan Mereka
Sumber: Mohd Salleh Mazukhi