Merbau Pokok Kebangsaan Malaysia 3

3 Fakta Menarik Mengapa Merbau Dipilih Sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semalam semasa pameran Hutan Kita di Menara Kuala Lumpur, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Merbau dipilih sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia.

Apa istimewanya pokok Merbau ini sehinggakan dipilih sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia? Merbau atau nama saintifiknya Intsia palembanica merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia dan negara-negara Asean ini dipilih kerana beberapa sebab, antaranya:

1. Bersifat tahan lasak

Kayu pokok Merbau terkenal dengan sifat keras, tahan lasak dan berkualiti tinggi. Kayu merbau mampu menangani kelembapan dan tidak lapuk sehingga boleh dijadikan sebagai perahu dan bahan asas kepada bangunan.

Merbau Pokok Kebangsaan Malaysia 2

Kayu merbau juga termasuk dalam golongan kayu berat pada kadar air 15% dan mempunyai penyusutan yang sangat rendah sehinggakan ianya tidak akan cacat awapbila dikeringkan.

2. Lambang keutuhan integriti hutan negara

Merbau membuktikan integriti hutan negara hasil daripada pengurusan secara mapan dan usaha pemuliharaaan khazanah biodiversiti Malaysia.

3. Simbol kepentingan hutan

Pokok Merbau banyak membantu ekonomi dan industri Malaysia terutamanya dalam industri eksport kerana mempunyai nilai komersial yang tinggi; permintaan yang tinggi daripada negara luar.

Merbau Pokok Kebangsaan Malaysia

Untuk pengetahuan anda, orang-orang dahulu mengungkapkan kekuatan dengan menjadikan Merbau sebagai simbolik iaitu ‘kuat seperti Merbau’ kerana keutuhan dan kekuatan Merbau yang mempunyai kayu pokok terbaik dan kuat.

 

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1GmRX9H2YS/