3 Cara Mudah Sejukkan Ruang Rumah Tanpa Perlu Guna ‘Air Cond’

Beberapa minggu belakangan ini, Malaysia dilanda cuaca panas sehingga menyebabkan ruang rumah berbahang. Ramai daripada kita mula cari jalan atau cara untuk sejukkan ruang rumah yang berbahang.

BACA: Tempoh Lima Tahun Hingga 2019 Catat Suhu Paling Panas Bumi

Disebabkan tidak semua rumah miliki penyejuk udara, ada antara kita yang terpaksa menjalani aktiviti seharian dalam keadaan yang tidak selesa terutamanya untuk beristirehat.

3 Cara Mudah Sejukkan Ruang Rumah Tanpa Perlu Gunakan ‘Air Cond’ 4

Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu menjadi penyebab kepada peningkatan suhu ini. Antaranya:

  • Pancaran sinar matahari langsung ke ruangan rumah. dan
  • ruang pengudaraan rumah yang tidak baik.

Bagaimana cara nak sejukkan rumah dan atasi masalah bahang dalam ruang rumah ini?

1. Menghalang sinar matahari daripada terus masuk ke rumah

  • Menggunakan pokok sebab penghalang
  • Menggunakan unjuran bumbung yang akan meredupkan bukaan tingkap dan pintu
  • Menggunakan penebat haba di kawasan bumbung
  • Mengecat dinding dengan warna yang cerah untuk pantukan cahaya
  • Menggunakan langsir, tirai atau skrin bagi membenarkan aliran udara bebas keluar dan masuk rumah

3 Cara Mudah Sejukkan Ruang Rumah Tanpa Perlu Gunakan ‘Air Cond’ 2

2. Pengudaraan ruang rumah

  • Pastikan tingkap dibuka dengan luas supaya pertukaran udara keluar dan masuk lebih efisyen
  • Pastikan tiada perabot menghalang laluan udara
  • Menggunakan air well  (serombong udara) bagi membolehkan udara panas bergerak ke atas dan keluar menerusi tingkap di siling
  • Seragamkan kedudukan kipas angin berdiri supaya udara bertiup ke satu arah

3 Cara Mudah Sejukkan Ruang Rumah Tanpa Perlu Gunakan ‘Air Cond’

3. Sejukkan ruang rumah

  • Sejukkan ruang rumah dengan meletakkan ais di ruang rumah (betul-betul di hadapan atau bawah kipas)
  • Letakkan beberapa besen berisi air untuk memerangkap atau menyerap udara panas
  • Menggunakan lampu jenis flourescent bulb yang mengeluarkan haba yang sedikit – juga boleh jimatkan elektrik
  • Meletakkan tumbuhan di dalam rumah seperti pokok palma, Begonia sp, dan ekor kucing.
  • Menggunakan pelembap udara (humidifier)

3 Cara Mudah Sejukkan Ruang Rumah Tanpa Perlu Gunakan ‘Air Cond’ 1

Untuk tahu mengenai keadaan cuaca di Malaysia, anda boleh layari laman web Jabatan Meteorologi Malaysia DI SINI.