
28 Mukim Kota Setar Dikenakan PKPD Pentadbiran Bermula Tengah Malam Ini
28 mukim Kota Setar akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran selepas berlakunya peningkatan kes baharu COVID-19 susulan daripada munculnya kluster Sungai dan Tawar.
Arahan PKPD yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media petang tadi akan bermula tengah malam ini hingga 25 September depan dengan melibatkan 300,000 penduduk.
PKPD pentadbiran akan dikuatkuasakan di 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah mulai 12.01 malam ini (11 September sehingga 25 September)
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) September 10, 2020
Susulan dengan pelaksanaan PKPD Pentadbiran di 28 mukim Kota Setar itu, jeti Kuala Kedah tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKPD Pentadbiran itu dikuatkuasakan.
Terdahulu, disebabkan wujudnya kluster Sungai dan Telaga, kerajaan negeri Kedah semalam telah mengemukakan cadangan agar pelaksanaan PKPD Pentadbiran dilaksanakan di kawasan jangkitan.

Ini kerana PKPD Pentadbiran berjaya memberikan kesan positif dalam mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 seperti yang berlaku dalam Kluster Sivagangga di Napoh dan Tawar di Amanjaya.
7 September lalu, kluster Sivagangga secara rasminya diisytiharkan tamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas tiada kes baru dilaporkan selepas 28 hari – dua kali tempoh inkubasi.
Sejumlah 95 kluster telah tamat pengawasan dan pemantauan. Pada hari ini, 4 kluster telah tamat tempoh pengawasan dan pemantauan 28 hari iaitu;
1) Kluster PUI Sivagangga;
2) Kluster Muda;
3) Kluster Meranti; dan
4) Kluster Kurau. pic.twitter.com/7z6gIBjkDY— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 7, 2020
Kes indeks kluster Sivagangga menimbulkan kemarahan orang awam kerana berpunca daripada kedegilan seorang pemilik restoran nasi kandar yang enggan mengkuarantinkan diri biarpun baru pulang dari India, salah sebuah negara yang mencatatkan kes tertinggi COVID-19.
BACA: Berdepan Hukuman Penjara 5 Bulan, Pencetus Kluster Sivagangga Juga Bakal Disaman RM1Juta
Beliau kemudiannya dilaporkan bakal berdepan hukuman penjara lima bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret selain daripada saman kerugian RM1 juta daripada penduduk dan pemilik kedai di Napoh.