Perokok Tegar 1

27 Tahun Jadi Perokok Tegar, Lelaki Ini Kongsi Tip Mudah Berhenti Merokok

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jambatan dan terowong yang menghubungkan antara Hong Kong dan China telah dibuka dengan jarak 55 kilometer sekaligus menjadikannya jambatan laut terpanjang di dunia.

jambatan

jambatan

Jambatan yang menghubungkan Hong Kong – Zhuhai – Macau ini menjangkau Delta Sungai Pearl sekaligus menjimatkan masa daripada empat jam kepada 30 minit.

Panjangnya adalah 20 kali ganda lebih panjang daripada Jambatan Golden Gate di San Francisco.

jambatan

jambatan

Strukturnya direka tahan gegaran gempa bumi, angin taufan dan sebarang insiden kapal melanggar secara tidak sengaja.

Jambatan tersebut dibenamkan sedalam 6.7 kilometer di bawah laut melalui dua pulau buatan bagi membolehkan kapal melalui muara.

jambatan

jambatan

Projek itu juga melintasi laluan pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Namun, proses pembinaannya tidak berjalan dengan begitu lancar dimana ia ditangguhkan beberapa kali sejak tahun
2009 atas alasan keselamatan. Ia juga melangkaui bajet beberapa kali dan menelan kos lebih AS$20 bilion (RM83.2 bilion).

Harap ada kawasan Rehat dan Rawat di tengah-tengah laluan itu dengan pembinaan stesen minyak. Jika tidak ada, berisiko juga jika kehabisan minyak atau ingin ke tandas secara tiba-tiba.

Sumber: Sinar Harian