27 Laporan Polis Diterima, Ini Perkembangan Terkini Isu Ingkar Arahan Kuarantin Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi 1

27 Laporan Polis Diterima, Ini Perkembangan Terkini Isu Ingkar Arahan Kuarantin Menteri Khairuddin

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

27 laporan polis diterima, Bukit Aman buka kertas siasatan terhadap Khairuddin Aman Razali.

Minggu lalu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali didakwa telah mengingkari arahan kuarantin oleh kerajaan selepas pulang dari luar negara.

BACA: Pemimpin Pun Tak Terlepas, Ini Tindakan Negara Luar Terhadap Menteri Langgar PKP

Pada bulan lalu, Khairuddin dikatakan sudah melalui ujian saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik sahaja tiba dari Turki 7 Julai lalu selepas empat hari berada di sana. Ujian tersebut kemudiannya mendapati beliau negatif.

Enam hari kemudian, pada 13 Julai, Kharuddin telah hadir ke Parlimen yang mana pada ketika itu beliau sepatutnya berada di rumah kerana tempoh kuarantin sendiri belum berakhir.

Pada ketika itu, satu sumber mendakwa Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah bersetuju dengan perjalanan ke Turki kerana ianya adalah destinasi zon hijau. Sedangkan antara 3 hingga 7 Julai, Turki telah mencattakan lebih 5,600 kes baharu COVID-19 dengan 93 kematian.

27 Laporan Polis Diterima, Ini Perkembangan Terkini Isu Ingkar Arahan Kuarantin Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

Siasatan kemudiannya mendapati Khairuddin bersalah dan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Beliau kemudiannya dengan rasa ‘tanggungjawab’ memberitahu akan memulangkan semula gaji selama empat bulan (Mei hingga Ogos) memulakan tugas sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19) di bawah KKM.

Berkata akan terus bekerja keras dan melipat ganda usaha serta tenaga untuk melaksanakan amanah bagi membela rakyat terutamanya pekebun kecil B40, kertas siasatan terhadap Khairuddin dibuka Bukit Aman selepas pihak polis menerima lebih 27 laporan polis berhubung perkara tersebut dari seluruh negara.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata siasatan menyeluruh sedang dibuat berkenaan perkara tersebut.

Sebelum itu, dalam respon kepada isu tersebut Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan tiada siapa pun kebal dengan undang-undang negara sekiranya melakukan kesalahan.