Syarikat Media Berhenti Pekerja

2,500 Pekerja Syarikat Media Dijangka Akan Diberhentikan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Industri media tanah air semakin hari semakin merosot. Adakah ini berpunca daripada keadaan ekonomi yang kurang stabil atau orang ramai sudah tidak memerlukan media?

Awal bulan lalu kita menyaksikan syarikat media, Utusan Malaysia yang telah beroperasi selama 80 tahun berakhir. Situasi itu membabitkan tenaga kerja syarikat berkenaan hilang pekerjaan sekelip mata.

Sekali lagi, dunia media Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pusingan pengurangan pekerja apabila konglomerat yang mengendalikan pelbagai platform media, menjangkaui seluruh negara bakal mengurangkan pekerjanya kepada satu pertiga berbanding saiz semasa, menurut FMT.

Menerusi sumber, pengurusan kanan telah memanggil untuk satu mesyuarat hari ini, susulan mesyuarat lembaga pengarah, untuk mengumumkan rancangan pemberhentian pekerja.

Butiran pelan yang akan dibentangkan itu dilaporkan boleh menjejaskan lebih 2,500 pekerja termasuk wartawan dan sekurang-kurangnya 500 pekerja editorial akan terkesan dengan keputusan berkenaan.

Syarikat Media Berhenti Pekerja

Konglomerat itu pernah mengurangkan tenaga kerja kira-kira lima tahun lalu di semua peringkat editorial kumpulannya.

Langkah itu dilihat sebagai tanda terbaru industri media di negara ini masih jauh dari tahap pemulihan berikutan berlakunya penutupan dan penyusunan semula operasi.

Sementara itu, dilaporkan bahawa Berjaya Media, yang menerbitkan akhbar Sun, akan dinyahsenaraikan dari Bursa Malaysia minggu depan. Pada hari Rabu, saham syarikat mencecah 58.54% (12 sen), kejatuhan paling tinggi dalam sejarah.

Persoalannya, syarikat media apakah yang sedang mengurangkan kakitangan mereka?

Sumber: FMT