Dikurung Ayah Sendiri Selama 25 Tahun, Filem Seram ‘Girl In The Basement’ Angkat Kisah Jenayah Sebenar 9

25 Tahun Jadi Mangsa Nafsu Ayah Sendiri, Filem Seram ‘Girl In The Basement’ Angkat Kisah Jenayah Josef Fritzl

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Girl in the Basement papar kisah anak yang 25 tahun menjadi mangsa nafsu ayah sendiri.

Diangkat daripada kisah sebenar, filem jenayah Girl in Basement mengisahkan mengenai seorang remaja perempuan, Sara (lakonan Stefanie Scott) yang dikurung ayahnya, Don (lakonan Judd Nelson) di ruang bawah tanah rumah mereka.

BACA: Dari Padang Bola Ke Jeriji Besi, Kisah Jenayah Aaron Hernandez Kini Di Netflix

Sepanjang kehilangan Sara, Don berusaha meyakinkan isterinya, Irene (lakonan Joely Fisher) bahawa Sara telah melarikan diri dari rumah mereka.

Dikurung Ayah Sendiri Selama 25 Tahun, Filem Seram ‘Girl In The Basement’ Angkat Kisah Jenayah Sebenar 8

25 tahun menjadi mangsa nafsu serakah ayah sendiri, Sara melahirkan beberapa orang anak sehinggalah anak bongsunya dibawa Don yang berpura-pura merancang bahawa Sara tidak mampu menjaga anak tersebut dengan meletakkannya di hadapan rumah mereka berserta dengan sepucuk surat.

https://www.youtube.com/watch?v=OyPEvkI_FXc

Kisah Penderitaan Elisabeth Fritzl

Diambil dariada kisah Elisabeth Fritzl, seorang gadis Austria yang menjadi mangsa bapanya, Josef Fritzl melempiaskan nafsu serakah dari tahun 1984 hingga tahun 2008.

Dikurung Ayah Sendiri Selama 25 Tahun, Filem Seram ‘Girl In The Basement’ Angkat Kisah Jenayah Sebenar 3
Elisabeth Fritzl. Kredit: Medium

Menurut sumber, pada 28 Ogos 1984, Josef memerangkap Elisabeth ke ruang bawah tanah rumah mereka sebelum mengurung dan merogol beliau berulang kali setelah dipengsangkan.

Dikurung Ayah Sendiri Selama 25 Tahun, Filem Seram ‘Girl In The Basement’ Angkat Kisah Jenayah Sebenar 5
Josef Fritzl. Kredit: The Sun UK

Josef kemudiannya memaksa Elisabeth menulis surat kepada ibunya, Rosemarie enyatakan beliau telah meninggalkan rumah dan tidak mahu kehilangannya dicari.

24 tahun diserang secara seksual hampir setiap hari, pada tahun 1988, Elisabeth melahirkan anak pertamanya, Kerstin dan kemudiannya enam orang lagi – Stefan, Lisa, Monika, Alexander, Michael dan Felix.

Dikurung Ayah Sendiri Selama 25 Tahun, Filem Seram ‘Girl In The Basement’ Angkat Kisah Jenayah Sebenar 6
Keadaan bilik bawah tanah tempat Elisabeth dikurung. Kredit: The Sun UK

Namun Michael meninggal dunia selepas tiga hari dilahirkan.

Selepas beberapa tahun, Josef membawa keluar anak-anak Elisabeth dan menipu Rosemarie dengan mengatakan bahawa Elisabeth telah menghantar mereka kerana tidak mampu membesarkan mereka.

Dikurung Ayah Sendiri Selama 25 Tahun, Filem Seram ‘Girl In The Basement’ Angkat Kisah Jenayah Sebenar 7
Rumah yang menjadi tempat Elisabeth dikurung. Kredit: The Sun UK

Rosemarie yang mempercayai penipuan Josef kemudiannya menerima anak-anak Elisabeth dan menjaganya seperti anaknya sendiri.

Pada 19 April 2008, Elisabeth keluar dari ruang bawah tanah kediaman mereka buat pertama kali selepas 24-25 tahun dipenjarakan ketika anak perempuan sulungnya, Kerstin tidak sedarkan diri.

Namun kehadiran Elisabeth menimbulkan keraguan pada pihak hospital yang melaporkan kepada pihak polis.

Dikurung Ayah Sendiri Selama 25 Tahun, Filem Seram ‘Girl In The Basement’ Angkat Kisah Jenayah Sebenar 1
Kredit: Medium

Elisabeth kemudiannya disoal siasat pihak polis akhirnya menceritakan kekejaman Josef sebelum pada Josef ditahan pada 26 April kemudian.

Kurang dari satu tahun selepas ditangkap, Josef mengaku salah atas tuduhan kecuaian yang menyebabkan kematian Micheal selain daripada jenayah sumbang mahram, pemerkosaan dan pemalsuan kehilangan Elisabeth sebelum dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di penjara Garsten Abbey.

Keberadaan Terkini Elisabeth Fritzel

Selepas daripada dibebaskan daripada ruang bawah tanah rumahnya, Elisabeth diberikan identiti baru untuk memastikan privasinya tidak diganggu media dan orang awam.

Beliau yang trauma terpaksa menjalani terapi berterusan dan tidur dengan pintu bilik terbuka di sebuah rumah yang lengkap dengan kawalan CCTV dan pengawal keselamatan.

Dilaporkan sesiapa yang berada dekat dengan kediaman mereka lebih daripada beberapa minit akan ‘dijemput’ pihak polis.

Sumber:

  1. Mirror
  2. Medium