
25 Tahun Berkhidmat, Tiada Lagi Internet Explorer Menjelang 2021
25 tahun berkhidmat, tiada lagi Internet Explorer menjelang 2021.
Selepas menghentikan sokongan Internet Explorer 8,9 dan 10 pada Januari 2016, Microsoft Teams dua hari lalu mengumumkan aplikasi web carian ikonik, Internet Explorer 11 pula akan dihentikan sokongan perisiannya menjelang 2021.
Bermula November 2020, sokongan pada Internet Microsoft 11 akan dihentikan, manakala aplikasi dan sokongan Microsoft 365 tidak lagi akan menyokong IE 11 bermula Ogos 2021.
Selepas Mac 2021 juga, aplikasi desktop Microsoft Edge Legacy tidak lagi akan menerima kemas kini keselamatan yang terbaharu. Microsoft masih lagi menyokong tiga enjin carian Internet Explorer, Legacy Edge dan Edge tetapi akan berhenti menyokong dua daripadanya menjelang tahun depan.

Enjin carian Internet Explorer merupakan permulaan kepada legasi enjin carian yang ada kini bermula Ogos 1995. Namun kini ianya akan digantikan dengan enjin carian yang hampir sama dengan enjin carian popular kini iaitu Google Chrome.
Selepas hampir 25 tahun berkhidmat, pastikan pengakhiran kepada operasi Internet Explorer menimbulkan rasa sedih dalam kalangan pengguna.
#InternetExplorer #Microsoft pic.twitter.com/GqqUG7Cuci
— Atrang.samaaj (@atrangsamaaj) August 21, 2020
Bye-bye #InternetExplorer, you were my first ☝️ We will miss the #IE memes 😹
Follow @fullstackhq for more cool design & development content! 💙#bootstrap5 #webdevelopment #bootstrap #webdev #100DaysOfCode #CodeNewbie pic.twitter.com/TPoitTv3jh
— Fullstack HQ (@fullstackhq) August 21, 2020
GOODBYE E of our Era! 🍾🥂 To Your 25 years of service 👏👏
#InternetExplorer pic.twitter.com/SkLXoeAmtE— Devyane Roy (@RoyDevyane) August 21, 2020
Bercerita mengenai internet, tahukah anda untuk tahun 2020, Singapura merupakan negara yang mempunyai capaian internet paling pantas di dunia?
BACA: Singapura Negara Dengan Capaian Internet Paling Laju Di Dunia
Dengan kelajuan 191.93 MBps (broadband speed), Singapura mendahului negara maju lain seperti Korea Selatan (156.18 MBps), Jepun (101.65 MBps) dan Amerika Syarikat (115.67 MBps), diikuti dengan Korea Selatan, Taiwan (151.75 MBps), Hong Kong (151.02 MBps) dan Romania (130.79 MBps).
Daripada senarai 176 buah negara, Malaysia menduduki tempat ke-36 dengan kelajuan 71.52 MBps, manakala negara jiran seperti Thailand dan Indonesia masing-masing berada di kedudukan ke-30 (78.47 MBps) dan ke-110 (19.09 MBps).
Di kedudukan lima terakhir adalah Mauritani (5.27 MBps), Algeria (4.18 MBps), Venezuela (3.61 MBps), Yemen (3.54 MBps) dan Turkmenistan (1.78 MBps).
Sumber: Times Now News