wanita mengandung

Tinjauan: Majikan Cina Ambil Ramai Pekerja Lelaki Selepas Kerajaan Umum Kemaskini Akta

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Malay Mail, lebih ramai majikan Cina lebih cenderung untuk menggajikan pekerja lelaki.

Tinjauan yang dikeluarkan oleh Dewan Perniagaan Cina Bersekutu (ACCCIM) ini dilihat sebagai langkah keluar mereka terhadap dasar baharu Akta Kerja yang memberikan wanita cuti bersalin bergaji lebih lama.

office

Tujuan tinjaun ini dibuat adalah untuk melihat sejauh mana sentimen majikan terhadap kesan pindaan yang telah dilakukan ini.

Cuti bersalin bergaji bagi wanita telah dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari. Hal ini dibangkitkan oleh kumpulan hak asasi buruh dan wanita. Walau bagaimana pun, pada mata majikan, ia dilihat sebagai peningkatan kos operasi yang ketara kerana kadar produktiviti serta kecekapan telah menurun.
BACA: Malaysia Tergolong Dalam ‘Top 10’ Negara Paling Banyak Cuti