Angkasawan Arab Saudi

Angkasawan Wanita Pertama Arab Saudi Akan Dihantar Ke Angkasa Lepas

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Arab Saudi mengumumkan akan menghantar angkasawan wanita pertamanya, Rayyanah Barnawi ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada suku kedua tahun ini.

Suruhanjaya Angkasa Saudi dalam satu kenyataan mengumumkan nama Rayyanah Barnawi dan Ali AlQarni sebagai angkasawan yang terpilih untuk menyertai krew misi angkasa lepas AX-2.

Misi tersebut bertujuan untuk “memperkasa keupayaan negara dalam penerbangan angkasa manusia dan memperoleh manfaat daripada peluang yang ditawarkan oleh industri angkasa lepas.”

“Penerbangan ke angkasa lepas itu dijadual dilancarkan dari Amerika Syarikat ke Stesen Angkasa Antarabangsa,” jelas kenyataan tersebut.

Selain itu, dua angkasawan lagi iaitu Mariam Fardous dan Ali AlGamdi turut dilatih oleh Program Penerbangan Angkasa Manusia Arab Saudi untuk semua keperluan misi.

Pada September lalu, Suruhanjaya Angkasa Arab Saudi telah melancarkan program angkasawannya bagi melayakkan penerbangan dalam jangka pendek dan jangka panjang serta mengambil bahagian dalam eksperimen saintifik, penyelidikan antarabangsa serta misi berkaitan angkasa lepas.

Sebelum ini, pada bulan Disember, penjelajah angkasa Emirati Rashid Rover telah berlepas ke bulan dengan kapal angkasa Jepun untuk perjalanan selama lima bulan.

Kebelakangan ini, Arab Saudi amat menunjukkan minat yang mendalam terhadap penerokaan angkasa lepas.

Angkasawan Arab Saudi

BACA: Jurutera Malaysia Ini Terima Pengiktirafan NASA Atas Rekaan Tandas Untuk Angkasawan

Sumber: Harian Metro