
10 Gempa Bumi Terburuk Di Dunia Yang Berlaku Pada Abad Ini
Berikut merupakan 10 kejadian bencana gempa bumi paling buruk di dunia berdasarkan jumlah kematian yang berlaku sejak tahun 2000:
1) 26 Disember 2004 – Berukuran 9.1 magnitud melanda perairan Sumatera sehingga mencetuskan tsunami yang mencecah ketinggian 30 meter dengan kelajuan 700 kilometer sejam dan mengorbankan lebih 230,000 nyawa dengan 170,000 mangsanya adalah rakyat Indonesia.
2) 12 Januari 2010 – Gegaran berukuran 7 magnitud menggegarkan ibu negara Haiti, Port-au-Prince serta wilayah di sekitarnya sehingga mengorbankan lebih 200,000 mangsa, selain kira-kira 1.5 juta penduduk hilang tempat tinggal dan menyebabkan Haiti terputus hubungan dengan seluruh dunia selama 24 jam.
3) 12 Mei 2008 – Gempa bumi 7.9 magnitud melanda barat daya Sichuan, China menyebabkan lebih 87,000 orang termasuk 5,335 pelajar sekolah terbunuh atau disahkan hilang manakala kira-kira 7,000 sekolah musnah atau mengalami kerosakan teruk, sekali gus menimbulkan dakwaan berlaku salah laku rasuah dalam pembinaan bangunan.
4) 8 Oktober 2005 – Insiden berlaku di Kashmir, India yang menyaksikan lebih 73,000 mangsa terkorban selain 3.5 juta penduduk lagi dilaporkan telah hilang tempat tinggal.
5) 6 Februari 2023 – Berukuran 7.8 magnitud dan 7.5 magnitud melanda Turkiye serta Syria yang menyaksikan jumlah korban setakat ini sudah mencecah 36,000 orang.
6) 26 Disember 2003 – Melanda tenggara Iran dengan berukuran 6.6 magnitud yang menyebabkan kemusnahan bandar purba Bam dan meragut sekurang-kurang 31,000 nyawa.
7) 26 Januari 2001 – Dicatatkan berukuran 7.7 magnitud di Gujarat, India yang mengorbankan lebih 20,000 mangsa termasuk di bandar Bhuj yang terletak berhampiran sempadan Pakistan yang merekodkan jumlah kematian tertinggi.
8) 11 Mac 2011 – Gempa bumi berukuran 9.0 magnitud melanda Jepun sehingga mencetuskan tsunami deras berkelajuan seperti jet menyebabkan kira-kira 18,500 maut dan menjejaskan loji nuklear Fukushima Daiichi sehingga berlaku pencemaran radiasi yang mengakibatkan beberapa bandar berdekatan tidak boleh didiami selama bertahun-tahun.
9) 25 April 2015 – Berukuran 7.8 magnitud melanda Nepal sehingga berlaku runtuhan salji dan tanah runtuh yang memusnahkan lebih seratus monumen, termasuk kuil berusia ratusan tahun serta istana di Lembah Kathmandu termasuk sekolah, hospital, jutaan tempat tinggal dan meragut hampir 9,000 nyawa.
10) 26 Mei 2006 – Pulau Jawa, berhampiran bandar Yogyakarta, Indonesia yang mengorbankan kira-kira 6,000 nyawa, memusnahkan 157,000 kediaman dan menyebabkan lebih 420,000 penduduk hilang tempat tinggal.
BACA: Gempa Bumi Turkiye: Remaja Guna Instagram Mohon Diselamatkan Dari Runtuhan
Sumber: Berita Harian
Trending now



