Mercun

Ramai Warganet Tidak Setuju Cadangan Untuk ‘Menghalalkan’ Penjualan Mercun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setiap kali tibanya musim perayaan, pasti akan timbul banyak kes kecederaan yang biasanya dialami oleh golongan kanak-kanak akibat bermain mercun.

Meskipun penjualan mercun telah lama diharamkan, namun terdapat ura-ura yang mengatakan penjualannya kini bakal dibenarkan kembali .

BACA: Tragedi Hiroshima Sungai Buloh Punca Mercun Diharamkan Di Malaysia

Seorang pengguna Twitter, 𝓦𝓱𝔂 ~ 𝓦𝓱𝔂 (@blackmerz101) telah membuat ciapan berikut bagi menyatakan pandangannya yang tidak bersetuju dengan cadangan ini.

Beliau turut berkongsi klip video dan foto mengenai satu kejadian kecederaan akibat kanak-kanak bermain mercun yang dipercayai berlaku baru-baru ini.

Mercun

“Bila ada menteri Kerajaan PH sebelum ini dan kini menteri Kerajaan Perpaduan @NgaKorMing nak cadangkan mercun ni dihalalkan demi kantung kerajaan kononnya. Inilah akibatnya benda yang haram nak dihalalkan. Dah habis kaji ke belum? Aku yakin #Bomba dan #PDRM tak sokong cadangan ini.”

——

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen yang lain juga turut tidak bersetuju sekiranya penjualan mercun ‘dihalalkan’ kembali.

“Tak sokong dengan dihalalkan mercun ni, tapi dah dihalalkan pada 2021. Mungkin pak menteri dah lupa kejadian 1991 di Sungai Buloh”.

“Semasa diharamkan pun, berlambak orang jual mercun beb..siap putus putus-putus jari lagi..agaknya alang-alang dah macam tu, tu yang terus dihalalkan. Pandai-pandailah..huhu”.

“Sebelum halalkan, banyak yang haram pun orang main juga. Bersepah juga jual. Kerajaan boleh buat undang-undang. Haram ka halal ka, end user nak main, kena la jaga. Aku memang tak setuju mercun halal dijual. Tapi bagi aku, mak bapak adalah hak mutlak untuk jaga keselamatan anak sendiri”.

“Haram pun orang jual relaks je”.

“Halal ke tak halal, kalau sendiri lepaskan anak main mercun macam tu memang sendiri cari risiko…tak ada kena mengena dengan orangnya”.

——

Apa pendapat anda? Patutkah penjualan mercun ‘dihalalkan’ kembali?

Sumber: 𝓦𝓱𝔂 ~ 𝓦𝓱𝔂 (@blackmerz101)