Islamophobia Sweden

Islamophobia Di Sweden: Anak Perantau Mohon Netizen ‘Doakan Yang Baik-Baik’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Minggu lalu, pemimpin parti politik berhaluan kanan Sweden, Rasmus Paludan telah melakukan satu perbuatan keji iaitu sengaja membakar senaskhah al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye yang terletak di Stockholm.

Walaupun Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson bersama sebilangan pemimpin negara lain mengutuk tindakan biadab tersebut, timbul rasa kurang senang di kalangan masyarakat dunia berkenaan isu Islamophobia yang semakin kerap dilaporkan berlaku di Sweden sejak kebelakangan ini.

Seorang pengguna Facebook, Azira Aziz yang tinggal di Norway sejak tahun 2011 dan turut gemar berkunjung ke Sweden telah melahirkan kerisauannya mengenai perkara ini melalui hantaran yang dibuatnya berikut.

Didoakan agar semua rakyat Malaysia di Sweden, Norway dan seluruh dunia berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan semoga fahaman Islamophobia ini dapat berakhir jua hendaknya.

Islamophobia Sweden

Saya suka pi Sweden.

1) Sebab harga barang makanan halal murah lagi di sana berbanding Norway.

2) Barang makanan halal mudah didapati di sana.

Sejak dari tahun 2011,

Kami selalu beli stok barang makanan beku Charlottenborg dan Svinesund.

Dulu naik bas.

Beberapa tahun kebelakangan ni,

Sejak kenal kenalan anak perantau Malaysia yang boleh memandu,

Mr. Laki akan pi bersama naik satu kereta memenuhkan bonet belakang barang makanan halal.

Kini,

Dah ada kereta sendiri,

Kami pi sendiri ja ke Gothenborg dan Svinesund.

Barangan rumah pulak sebelum-sebelum ni,

Menyewa rumah memang banyak barangan Ikea.

Rumah sewa saya sekarang tak banyak barang Ikea.

Yang ada pun cuma penyangkut baju ja.

Yang lain tu tuan rumah beli dari pelbagai negara.

Kami tumpang guna je.

Bila berlaku kes “islamophobia” di Sweden beberapa hari ni,

Allah,

Sedihnya.

Terus-terang cakap.

Perkara ni dah lama berlaku.

Ada saje yang membenci.

Walhal hakikatnya, kita pun bayar cukai jugak.

Ntah apa dalam pemikiran depa ni.

Haih!

Bila dah jadi macamni,

Kan dah susahkan orang, betui dak?

Saya terfikirkan nasib kenalan saya di Sweden.

Bukan sorang,

Ramai lagi anak-anak perantau di sana.

Bila berlaku perkara ni di negara jiran,

Tak pasal-pasal saya di Norway pun terkena jugak.

Semalam,

Masa saya pulang dari kerja,

Saya buat Live di TikTok.

Beberapa orang masuk Live saya kata “boikot Norway! Norway bakaq quran!”

Huih, tak pasal-pasal kena jugak.

Memang berlaku di Norway sebelum ni,

Tapi di Sweden hebat lagi kesnya.

Teruk,

Sangat teruk.

Saya sayang Sweden.

Saya sayang Al-Quran.

Individu yang buat tu salah.

Dia memang patut dihukum.

Apapun,

Saya mohon doakan kami anak-anak perantau ni selamat di negara orang.

Kebanyakan yang datang ni hanyalah mencari rezeki yang halal.

Doakan yang baik-baik saja ya?

#orangperakdoknorway

BACA: FIFA World Cup 2022: Islamophobia Melampau Masyarakat Dunia Jelas Terbukti Di Qatar

Sumber: Azira Aziz