Lelaki

“Kuat Selalu, Wahai Lelaki. Kamu Boleh”

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak kebelakangan ini, diperhatikan di media sosial sering berlaku kekecohan dan pertelingkahan akibat perbezaan pendapat di antara golongan netizen lelaki dan wanita.

Masing-masing sibuk dengan ‘sisterhood’ dan ‘brotherhood’ masing-masing semata-mata untuk berhujah dan menjadi siapa yang ‘terpaling’ hebat berdebat tentang rumah tangga artis popular.

Dalam pada itu, satu perkongsian di Facebook yang dibuat oleh Mag Malaya Ahmad tiba-tiba menjadi tular selepas menerima ratusan komen, hampir 5 ribu Likes dan 2 ribu Shares hanya kerana ingin memperbetulkan pandangan serong yang sejak akhir-akhir ini sering dilontarkan terhadap majoriti kaum lelaki di negara ini.

Ikuti luahan perasaan yang dibuat oleh beliau berikut yang mempunyai maksud yang sangat dalam dan sungguh menginsafkan buat kita semua.

Lelaki

Dekat Inbox Twitter aku, sering ada kaum lelaki yang datang meluah, meniaga tak okay, pendapatan tak banyak, susah nak berkembang tambah income. Hari ni aku dapat satu Inbox.

Ayat yang paling bagi aku kesan ialah, dia cakap “Aku kesian dekat wife aku. Dapat suami macam aku.”

Beberapa hari lepas viral sorang artis lelaki ni kahwin lain, tinggalkan tanggungjawab sebagai suami/bapa. Gegak gempita Twitter generalized majoriti lelaki macam artis lelaki tu.

Adik kakak, MAJORITI lelaki yang ada dekat muka bumi ni berhempas pulas, banting tulang nak mengahwini awak, bangun 6 pagi start motor buat FoodPanda, kumpul duit buat kenduri kahwin, income tak cukup buat dua kerja, ada anak dia gementar gemuruh. Itu MAJORITI lelaki, kak.

Yang berjalan bawah terik matahari dekat trafik light tu jual mangga jeruk, mungkin suami orang bapa orang. Yang berbulan tak balik tengok anak, jaga sempadan anytime boleh mati, itu lelaki. Yang 5 pagi bertenggek belakang lori pungut sampah, itu lelaki. Yang pergi korek mayat dekat tanah runtuh, rempuh pintu rumah terbakar, itu semua lelaki yang tengah kumpul duit gaji hujung bulan nak bagi engkau makan nak bayar sewa rumah.

Ramai lelaki baik luar sana adik kakak, kau cuma perlu banyak doa supaya Tuhan temukan engkorang sebagai pasangan yang terbaik. Kurangkanlah ikut-ikut dunia artis yang cuma mengkayakan mereka tu.

Itu je lah, aku kadang kesian tengok orang lelaki yang masih belum merasa nikmat hidup, yang masih banting tulang tengah malam buat kerja hantar makanan orang, semata-mata untuk kebahagiaan orang lain.

Kuat selalu, wahai lelaki. Kamu boleh.

BACA: “Jika Kuasa Talak Di Tangan Isteri, Dah Banyak Kali Saya Jadi Duda”

Sumber: Mag Malaya Ahmad