Sales Bisnes

Ramai Mengeluh ‘Sales’ Menjunam Teruk, Benarkah Semua Bisnes Kini Sedang Tenat?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang bekas pekerja bank yang kini bekerja dalam sektor ekonomi gig, Aizuddin Ismail telah membuat satu hantaran di Facebooknya mengenai situasi dunia bisnes di negara kita pada ketika ini.

Dalam perkongsiannya tersebut, diceritakan tentang pemerhatiannya terhadap dunia bisnes pada hari ini yang rata-ratanya didapati agak perlahan dan tidak meriah seperti dahulu.

Melalui perkongsiannya itu juga, turut disertakan beberapa tangkap layar kiriman komen-komen dari netizen yang menceritakan tentang bisnes mereka yang sangat terkesan akibat keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.

Namun menurutnya, hakikat yang sebenar masih lagi tidak dirasai oleh kebanyakan pihak atasan dalam dunia korporat yang lebih berpandukan kepada data-data dan laporan bertulis dalam proses membuat keputusan.

Jom ikuti hasil penemuannya berikut yang sangat wajar untuk kita renungkan bersama.

Sales Bisnes

Jumpa rakan sekerja lama di bank dahulukala…kat KL East Mall…ngeteh la kat “biji kopi”…aku offline Grab kejap..

Sekarang dia Head Sales…so dia set target sekian-sekian untuk staff-staff bawah dia…lagi tinggi dari tahun lepas punya target…

Aku bagi la pendapat aku…

Dia senyum sinis…maybe pasal rasa opinion aku takde value…dia kata dia ada report-report yang mengandungi data-data yang menunjukkan ekonomi sangat ok…

Aku tanya report dari mana?

Dia kata dari sector gomen and 3rd party consultants..

Aku ni memang la takde report-report bertulis bagai…

Tapi on a daily basis travel dari ceruk sini ke ceruk sinun…melihat mendengar dengan telinga mata sendiri…

Niaga dari kul 11am…kul 4.30pm masih tinggi lagi balang air tembikai…masih penuh lagi balang jambu potong…walaupun cuaca elok je sepanjang hari…

Masih tinggi lagi susunan bekas mee kari…masih penuh lagi dulang berisi kuih muih…

Borak ngan peniaga-peniaga restoran…nasi campur…customers memang tak putus tapi dah tak ambik banyak lauk macam dulu…dah tak order air bungkus sekali….

Sebab tu la kalau nak lantik someone pegang jawatan leader, make sure la orang tu faham bagaimana keadaan sebenar rakyat jelata setiap hari…bukannya hanya baca report yang dibuat oleh org lain…

Someone yang dengar input and opinion dari orang bawahan…yang pertimbangkan secara berakal…

Tapi kalau nak bertanding secara demokrasi pun takut…tu bukan fighter…

Frightened namanya…

BACA: 5 Pemacu Perubahan Untuk Perancangan Bisnes Dan Menghadapi Ketidaktentuan Pada 2023

Sumber: Aizuddin Ismail