Elektrostatik Karan

Elektrostatik: Tangan Kena Karan Bila Sentuh Besi, Ini Petua Mudah Bagi Elak Renjatan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Secara ringkas, apabila cas elektrostatik yang terdapat pada sesuatu objek dalam keadaan tetap ataupun tidak bergerak menghasilkan cas negatif berlebihan akibat pergeselan, ia akan cuba dinyahcas dengan cara bergerak ke kawasan yang mempunyai cas positif yang lebih banyak.

Maka berlakulah kejadian renjatan atau fenomena tangan kena karan yang sering terjadi apabila kita cuba menyentuh bahan yang diperbuat dari besi seperti tombol pintu, troli pasar raya atau pintu kereta.

Memang terkejut dan kadangkala sangat menyakitkan! Malah, adakalanya ianya juga boleh menyebabkan berlaku insiden kebakaran. Namun sebenarnya, ada banyak petua yang boleh diamalkan untuk mengelak dari terkena renjatan seperti ini.

Antaranya ialah dengan menyentuh cermin kereta untuk beberapa ketika terlebih dahulu, memilih jenis fabrik pakaian serta kasut yang sesuai dan satu lagi petua mudah yang diajar oleh seorang pengguna Facebook, Aqilah Nor melalui hantarannya berikut:

Elektrostatik Karan

“Wei, kenapa aku pegang rasa karen?” Tangan adik saya terus melepaskan besi yang dipegangnya.

Padahal budak-budak main besi tu takde masalah pun.

“Pergi pijak rumput sekarang” saya mengeluarkan cadangan.

Beberapa lama setelah memijak rumput,

Saya minta beliau memegang semula besi tu.

Dia takut.

Teragak-agak,

Dia cuba mengelak.

Saya paksa juga pegang.

Dia mencuit-cuit besi tu,

Punya takut ada karen.

Gaya dah macam nak suruh kejutkan singa yang tengah tidur.

Alhamdulillah,

Selepas grounding,

Barulah hilang rasa karen tadi,

Baru dia boleh menggenggam besi tadi lama.

Kalau kita biasa mengalami simptom begini,

Pegang troli terasa karen,

Pegang tombol pintu terasa karen,

Sentuh pintu kereta terasa karen,

Bermakna,

Kita mempunyai cas berlebihan pada tubuh.

Cara nak salurkan cas berlebihan,

Adalah dengan memijak tanah atau rumput asli dengan tanpa berkasut,

Kembali ke tanah.

Tak lama sangat puan,

Dapat 10-20 minit sehari memijak tanah atau rumput asli atau batu sungai pun cukup dah Insya-Allah

Dia bukan selesaikan isu ‘karen’ tadi je,

Malah,

Ia juga bantu keseimbangan emosi, minda, fizikal dan spiritual.

Allah dah bentangkan alam ini untuk kita semua 😊

Cara alternatif selain memijak tanah/rumput:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10160714125311636&id=636506635

Tips untuk mengurangkan rasa ‘karen’:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10160714362771636&id=636506635

Kenapa troli pasaraya rasa elektrik?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10160716146496636&id=636506635

BACA: Jadi Punca Renjatan Elektrik, Ini Yang Anda Perlu Tahu Demi Keselamatan Ketika Guna Pemanas Air

Sumber: Aqilah Nor