Berucap

3 Teknik Berucap Untuk Membuatkan Orang Terpesona Dan Kagum Dengan Anda

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tidak semua orang mempunyai bakat atau kebolehan untuk memberi ceramah, berpidato dan berucap di hadapan orang ramai lebih-lebih lagi dengan hanya menggunakan teknik ‘improvise’ tanpa merujuk sebarang teks tetapi masih lagi mampu membuatkan audiens terpesona dan kagum.

Salah seorang yang diakui mempunyai keistimewaan dan kehebatan seperti ini ialah Perdana Menteri kita yang ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering kali didapati mampu membuatkan orang ramai kagum dan terpaku dengan kepetahannya berucap walaupun dibuat secara selamba dan bersahaja.

Namun, ramai yang tidak tahu teknik ini sebenarnya amat mudah dipelajari dan diamalkan oleh sesiapa sahaja. Betul ke?

Di Facebooknya, Ustaz Ahmad Saifuddin Yusof ada membuat pendedahan dan panduan mengenainya yang sama-sama boleh kita cuba. Jom ikuti hantarannya berikut:

Berucap

Teknik Membuatkan Terkagum-kagum Dengan Ucapan

Teknik membuatkan orang menahan diri dan terkagum-kagum dengan ucapan itu saya sudah amalkan waktu di universiti dulu. Hasilnya, tidak ada soalan daripada rakan kuliah. Selamat, tidak perlu jawab soalan. 😆

  1. Tidak perlu persiapan rapi untuk pembentangan. Saya pernah buat pembentangan dengan menggunakan pen papan putih sahaja.
  2. Mesti hafal info yang bombastik seperti nombor hadis, nama penerbit buku, tahun kematian ulama, judul penuh kitab atau apa-apa info yang membuatkan orang ‘ternganga’. Saya pernah menyebut info tentang kitab Talmud termasuk penerbit dan jumlah jilidnya. Haha!
  3. Di penghujung pembentangan, ucapkan satu lawak yang natural sehingga pendengar ketawa. Selepas itu, akhirkan pembentangan dalam keadaan mereka masih terasa lucu dengan lawak kita itu.

Akhirnya, tidak ada soalan daripada pendengar memandangkan mereka terkagum-kagum dengan pembentangan kita. Haha!

Selamat mencuba!

BACA: Ustaz Suka Buat Lawak Lucah Dan ‘Double Meaning’ Tidak Wajar Dijadikan Teladan

Sumber: Ahmad Saifuddin Yusof