Gout

Hanya Guna 4 Bahan, Cuba Minum Jus Ini Untuk Kurangkan Asid Urik Bagi Pesakit Gout

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan yang biasanya menyebabkan bonjolan kecil pada bahagian kulit.

Asid urik yang berlebihan ini akan menyebabkan pembentukan kristal berbentuk jarum yang lazimnya terjadi pada sendi ibu jari kaki, belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jejari tangan.

Sebenarnya, terdapat banyak petua yang diamalkan sejak zaman dahulu untuk mengurangkan kesakitan dan menurunkan paras asid urik bagi pesakit gout.

Seorang pengguna Facebook, Ida Shahida ada membuat satu perkongsian resipi atau cara-cara untuk menyediakan jus yang terbukti boleh membantu pesakit gout mengawal kandungan asid urik dalam badan mereka.

Memang mudah dan hanya menggunakan 4 bahan sahaja! Nak tahu caranya? Ikuti hantarannya berikut.

Gout

PETUA [email protected] [email protected] ASID TINGGI

Petua menurunkan URIC ASID yang mengakibatkan sakit GOUT punca banyak makan seafood kerang, udang, sotong tak boleh makan…semua jenis kacang, ikan pun tak boleh..memang kena pantang betul kalau sakit gout.

Berpantang lebih baik…daripada tidak boleh makan selamanya.

Anda mesti cuba petua nie….insya-Allah akan baik 80% sebab saya dah berusaha sedaya upaya untuk orang kesayangan saya amalkan petua ini…sebab kaki beliau membengkak. Nak jalan pun sakit kadang tak mampu berjalan setiap hari.

Minum jus ini pagi dan malam jika sudah serius seperti itu…tanpa selang hari hanya dalam tempoh 2 bulan doktor pun terkejut sebab kaki sudah tidak sakit dan bengkak pun hilang. URIC ASID berada ditahap normal semula dan dah bebas makan segalanya cuma kekalkan pengambilan ubat doktor untuk maintainkan URIC ASID.

Makan tetap kena berjaga-jaga….sebab kalau salah makan URIC ASID akan menimbun semula.

Mesti kena rajin buat jus tersebut sebab agak renyah tapi hasilnya lumayan.

Nak cepat lega mesti kena rajin berusaha. Amin…..

PETUA INI JUGA SECARA TAK LANGSUNG IANYA JUGA AKAN membantu MERENDAHKAN PARAS KOLESTROL ANDA.

PETUA GOUT

Anak saudara saya umur 23. Dah dapat gout sebab makan segala mak nenek. Kalau makanan seafood pantang jumpa. Kalau SUSHI KING asalkan jumpa sekali makan dia seorang habis RM50-60 ringgit. Seminggu sekali mesti.

Pastu kaki dia bengkak.mula-mula tu dia sangkakan bengkak tu akibat kasut ketat. Mak dia belilah kasut baru. Pergi klinik doktor bagi ubat surut bengkak.

Kemudian bengkak hilang. Pastu selang 4-5 hari bengkak lagi.

Lama-lama baru ketahuan kaki dia akan bengkak kalau pergi makan di SUSHI KING atau makan seafood.

Last sekali pi jumpa doktor pakar. Bila doktor pakar dengar dia bercerita pasal kakinya, sekejap bengkak sekejap tidak terus doktor kata ‘saya rasa GOUT nie….’

Jadi bila dah buat bloodtest …keputusannya GOUT level tertinggi.

Doktor bagi ubat. Selain makan ubat doktor saya bagi petua ni dan suruh mak dia buat tiap-tiap hari. Minum tiap-tiap hari selama 3 bulan.

Lepas 3 bulan tu jumpa doktor..cerita kat doktor amalkan petua sekali…doktor kata bagus!! Boleh balik buat jual petua ni….paras uric asid dah turun …lega.

Seterusnya buat appoinment jumpa doktor 2 bulan kemudian..ujian darah menunjukkan ‘gout’ dah tiada dah…dah hilang.

Alhamdulillah. Jadi 3 bulan + 2 bulan asid uric pun hilang.

Tapi makan tetap berpantang-pantang dan jangan makan banyak-banyak. Berpada-pada sebab ‘gout’ boleh mai balik bila uric asid kembali tinggi.

“Saya ingat masa mula-mula nak suruh dia minum jus ni..dia kata ‘petua mengarut’ 😁😁😁😁

Cubalah buat jus kesemua bahan ini tapis minum airnya 2 kali sehari. GOUT akan kurang dan hilang terus. Kena amalkan.

Kalau gout teruk setiap hari minum pagi sekali dan malam sekali setiap hari selama 3 bulan berturut-turut.

Lepas tu pergi cek dekat doktor. Pasti doktor akan terkejut sebab gout anda sudah kurang banyak atau pun dah hilang. Tiada lagi. Lepas tu kaki pun dah tak bengkak lagi.

Lepas dah sembuh dan uric asid kembali ke paras biasa jangan makan sampai lupa dunia. Makan berpada-pada….insya-Allah sihat sentiasa.

Sukatan setiap kali buat jus (untuk sekali minum sahaja)

Apple hijau 1 biji

Batang saderi 2 pelepah

Lemon 1/2 biji diperah airnya (masukkan ke dalam jus bila dah dekat nak minum)

Timun sederhana 1 biji

Air sedikit sahaja sekadar mesin boleh berjalan. Masukkan sedikit-sedikit sebab kita nak had kan air biasa supaya boleh dapat jus yang asli dan pekat.

Kisar semuanya dan tapis. Jika tak nak ditapis pun boleh atau tapis cuma apa yang perlu sahaja.. jusnya dan minum kesemuanya sekali.

Minum tanpa tapis lebih banyak serat dan amat bagus untuk kesihatan sebenarnya.

** TIDAK BOLEH DISIMPAN DI DALAM PETI AIS UNTUK MINUM KEESOKANNYA TAPI KALAU NAK MINUM PADA HARI YANG SAMA TIDAK MENGAPA****

BACA: Doktor Bongkar Produk Jus Suplemen ‘Overclaim’ Punca Ramai Pesakit Kronik Menderita

Sumber: Ida Shahida