Strategi Pemasaran

3 Strategi Pemasaran Paling Efektif Untuk Kekal Relevan Bagi Tahun 2023

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tahun 2023 dikatakan bakal menyaksikan beberapa cabaran baharu dalam suasana ekonomi yang tidak menentu yang perlu diberi perhatian oleh setiap golongan usahawan.

Amat penting bagi setiap perniagaan untuk terus bersaing dan kekal relevan dalam bidang dan industri masing-masing dalam menempuhi cabaran ini.

Untuk itu, Muhammad Azmi Jamaludin yang sering berkongsi tip-tip perniagaan dan pemasaran digital di Facebooknya telah membuat hantaran berikut.

Dalam hantarannya ini, dikongsikan 3 bentuk strategi pemasaran yang paling efektif dan patut digunakan oleh para usahawan di luar sana untuk kekal relevan bagi tahun ini.

Semoga perkongsian dari beliau ini dapat memberi manfaat buat semua. Selamat mencuba!

Strategi Pemasaran

π’π“π‘π€π“π„π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ‘

Pejam celik pejam celik tahun 2022 melabuhkan tirai. Hari ni saya nak kongsikan strategi yang paling efektif untuk kita kekal relevan bagi tahun 2023.

1) Short Video

Short video atau video pendek kekal menjadi trend untuk tahun 2023 bahkan diramalkan trend short video ini akan terus meningkat dan mendominasi trend marketing 2023.

TikTok merupakan pencetus kepada shorts video ini. Selepas meletupnya TikTok platform lain juga turut membangun platform short video mereka sendiri.

Contohnya reel di Facebook dan Instagram dan Shorts di YouTube. Bagi tahun 2023 maksimakan kesemua platform video pendek ini.

===

2) UGC – User Generate Content

UGC adalah konten yang dikongsikan oleh pengguna atau fans produk atau servis kita.

UGC kebiasaanya tidak memerlukan pro edit dan kosnya jauh lebih murah berbanding konten professional yang kita bayar.

Kebanyakana konten UGC ini adalah berbentuk pengalaman pengguna atau fans menggunakan produk atau servis kita.

Alasan UGC ini lebih efektif adalah kerana ianya lebih nampak legit dan bukan dibuat-buat.

===

3) Micro Influencer

Kalau dulu ramai yang fokus kepada influencer atau artis namun untuk tahun 2023 trend telah berubah.

Micro Influencer adalah mereka yang mempunyai jumlah follower di bawah 100 000. Kelebihan menggunakan micro influencer adalah kos lebih rendah dan pelbagai jenis konten yang boleh dihasilkan daripada mereka ini.

Kalau dulu dengan RM5000 boleh buat satu konten influencer sahaja namun kini dengan RM5000 yang sama boleh hasilkan berpuluh konten yang berbeza daripada orang yang berbeza.

Konten tersebut boleh digunakan untuk konten organic atau paid ads.

Kat mana nak dapatkan senarai influencer ni?

Pertama – TikTok Creator Marketplace

Buka TikTok shop cari Content Creator Marketplace di situ TikTok ada bagi senarai cadangan influencer mengikut niche boleh pilih mana yang sesuai dengan produk atau servis anda.

Kedua – TikTok FYP

Bagi anda yang rajin scroll TikTok, TikTok akan rekomen video-video yang sesuai dengan kita. Mana-mana konten creator yang anda rasa bagus. Buka profil mereka dan cuba hubungi mereka.

===

Terima kasih Uncle Tiger Amiruddin Ahmad dan Tuan Aqif Azizan berkongsi insight berkaitan strategi 2023 dan hasil dapatan mereka di 1 Billion Followers Summit Dubai 2022.
#HackALaunch

BACA: Guna Kaedah β€˜Bad Marketing Is Good Marketing’ Untuk Lariskan Produk, Mufti Perjelas Daripada Perspektif Syarak

Sumber: Muhammad Azmi Jamaludin