Betik

Buah Betik Lebih Berkhasiat Jika Dimakan Bersama Bijinya Sekali? Biar ‘Betik’?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai yang sudah biasa dengar mengenai khasiat buah betik selama ini tapi mungkin ramai yang masih tidak tahu khasiat memakan bijinya sekali, kan?

Biji betik sebenarnya mempunyai ‘keajaibannya’ yang tersendiri dan memang amat digalakkan untuk diberi makan kepada anak-anak kecil.

Menurut Dr Mazliana Mazlan di Facebooknya berikut, jika hendak memberi anak makan buah betik, ajar sekali agar mereka memakan bijinya sekali.

Eh, biar betul ‘betik’? Apa rasanya? Sedap ke? Apa pula khasiatnya? Nak tahu jawapannya? Jom ikuti hantaran beliau berikut.

Betik

Ajar anak makan betik sekali dengan biji tau.

Biji betik boleh kurangkan kecacingan yang buat anak kita asyik tak senang duduk tu, tidur pun terganggu.

Betik kena jadi buah favourite anak-anak.

Buah tempatan, senang sangat nak dapat.

Setengah biji buah betik, lagi tinggi kandungan vitamin C dalam sebiji buah oren.

Biji betik bersifat antiparasit. Sangat bagus untuk anak-anak.

Sikit je makan biji tu. Sepotong dadu betik saiz 5 cm, bolehlah letak 1 biji betik. Rasa pahit pedas sikit. Memang tak biasa masa awal makan, rasa pelik. Tapi lama-lama akan terbiasa.

Macam kita tak biasa makan biji jambu batu, biji delima, biji anggur. Bila dah tahu khasiat yang ada, mesti tak susah nak telan.

Selain tinggi vitamin C dan bersifat antiparasit, betik tinggi dengan vitamin, mineral dan antioksida lain.

  1. Vitamin A
  2. Vitamin E
  3. Fiber
  4. Folic acid
  5. Copper
  6. Magnesium
  7. Pottasium
  8. Lycopene

Betik ada jugak enzim papain dan chymopapain, bagus untuk penghadaman dan kurangkan keradangan. Sebab tu makan betik, mesti asyik lawas nak membuang je kan.

Kita biasakan anak dengan betik tau lepas ni. Seminggu sekali mesti beli untuk anak makan.

Kalau dah ada simptom kecacingan, lagi lah korang kena cepat cari dan bagi anak makan betik sekali dengan bijinya.

Kalau anak belum biasa dengan rasa betik, blend kan dulu dan jadikan aiskrim. Masuklah jugak biji betik, tambah madu sikit. Biar dia seronok makan aiskrim betik.

Bila dah serasi lidah anak dengan rasa betik, pantang nampak nanti, asyik kena beli je. Macam ni yang kita nak kan.

Kita cuba sama-sama ya.

Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.

Follow saya di sini jugak k.
instagram.com/mazliana.mazlan
t.me/sembangsihat

BACA: Pakar Nasihat Waspada Beli Baby Nanas, Bimbang Ada Pemanis Tiruan Bahaya

Sumber: Mazliana Mazlan