Me Time

‘Me Time’ – Ramai Yang Salah Anggap Dan Tidak Sedar Keutamaannya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

‘Me Time’ atau masa yang diperuntukkan khas untuk berehat bersendirian selepas penat bekerja atau melakukan sesuatu untuk orang lain sebenarnya merupakan satu peluang berharga yang dapat mengurangkan tekanan dan memulihkan tenaga seseorang.

Meskipun mencari ‘me time’ agak sukar bagi seorang ibu yang menguruskan rumah tangga dan menjaga anak-anak di rumah, ia sebenarnya amat penting dan sepatutnya diberikan lebih keutamaan sebelum mendatangkan mudarat.

Dr Taufiq Razif telah membuat hantaran berikut di Facebooknya yang memetik satu nasihat berguna untuk kaum ibu yang dikongsikan oleh Puan Syahirah Omar.

Menakjubkan apabila hantarannya ini telah menerima 5 ribu tanda suka, hampir 800 komen dan dikongsi semula hampir 6 ribu kali setakat ini!

Dalam satu lagi hantarannya yang lain, Dr Taufiq turut berkongsi “5 tanda mak mak kena Me-Time secepatnya”.

Jom sama-sama kita ikuti nasihat berguna ini. Semoga lebih ramai ibu-ibu di luar sana memahami kepentingan untuk ‘me time’ selepas ini.

Me Time

Bukan saja-saja suruh Me Time. Ada sebabnya yang tersendiri.

Me time ni bukan bermaksud kita cuaikan dan tak pedulikan anak kita.

Me time ni bermaksud kita ambil masa untuk recharge kembali diri kita supaya kita boleh sayang, jaga, belai dan fokus anak-anak kita dengan lebih berkesan dan mendalam.

Terima kasih Puan Syahirah Omar atas nasihat ini.

Me Time

 

BACA: Mendidik Anak Dengan Cara Yang Salah, Doktor Tegur Sikap ‘Ibu Bapa Lawnmower’

Sumber: Taufiq Razif