
Tekan Brek Kereta Sepatutnya Menggunakan Kaki Kiri Atau Kaki Kanan?
Dr Aid Fawzal di Facebooknya telah berkongsi satu lagi ilmu berkaitan dalam bidang automotif.
Kali ini, beliau cuba menjawab persoalan yang membelenggu fikiran golongan netizen iaitu penggunaan kaki yang betul ketika membrek kereta.
Patut guna kaki kiri atau kaki kanan dalam pemanduan harian? Bagaimana pula dari segi teknikal? Benarkah pelumba kereta menggunakan kaki kiri mereka ketika membrek?
Bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut, jom sama-sama kita baca perkongsian yang sangat bermanfaat ini.
Membrek patut pakai kaki kanan ke kaki kiri??
Jawapan: Kaki kanan.
Kaki kanan ni dah biasa kawal pedal throttle secara berdikit-dikit (gradual). Kaki kiri pula dah biasa tekan clutch secara on-off je.
Sebab tu silibus pemanduan kereta menerapkan untuk brek guna kaki kanan disebabkan kaki kanan lebih sensitif berbanding kaki kiri.
Untuk orang kebanyakannya dan pemanduan harian, cukup dah sampai situ. Tapi untuk orang teknikal…
——
Untuk orang faham teknikal, brek guna kaki kanan, tapi jika keperluan, boleh brek pakai kaki kiri. Teknik ni dipanggil “left-foot braking”.
Teknik “left-foot braking” ni digunakan untuk memperbaiki posisi kereta dan tahap cengkaman tayar dengan mengubah kedudukan titik tengah jisim (centre of mass).
Kebiasaanya pelumba rally dan hill-climb yang gunakan. Pelumba kereta dalam litar dengan 3 pedal pon jarang guna teknik ni tau. Kalau kereta lumba tu 2 pedal je macam gokart dan kereta formula (kereta ‘open wheel’) lain lah. Memang brek kaki kiri selalu.
Pon begitu, nak membrek guna kaki kiri ni perlu latihan. Perlu ulang-ulang buat supaya kaki kiri yang dah biasa pijak dengan kekuatan, boleh pijak dengan ke’sensitif’an.
——
Tak percaya kaki kiri tak sensitif??
Cuba lah brek kaki kiri. Tengok tersembam ke tak.
Dr Aid Fawzal
Middlesbrough UK
BACA: Gara-Gara Kerap Brek, Lelaki Bengang Tendang Honda City Dipandu Wanita
Sumber: Dr Aid Fawzal
Trending now



