Pukul Anak

Ibu Bapa Memukul Anak Di Depan Mata, Perlukah Orang Ramai Menegur Atau Masuk Campur?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pengasas Uthman Academy, Mohd Fhais Salim melalui hantaran di laman Facebooknya telah berkongsi satu permasalahan yang diterimanya seperti berikut.

Dalam tangkap layar yang dikongsikannya ini, pengirim telah menceritakan mengenai satu kejadian yang melibatkan seorang kanak-kanak sekolah yang teruk dipukul oleh ibunya.

Sebagai seorang yang rasional, apakah tindakan sewajarnya yang perlu dilakukan jika kita turut berada dalam situasi sedemikian? Perlukah kita menegur si ibu tersebut atau biarkan sahaja dan jangan masuk campur?

Ikuti perkongsiannya berikut dan semoga kita semua sama-sama mendapat manfaat darinya.

Pukul Anak

Setiap apa yang berlaku pasti ada sebab tertentu. Ibu tak akan memukul anak tak tentu hala tanpa sebab, sama juga anak tak akan menolak ke sekolah jika tak ada sebab.

Sekiranya ini berlaku di depan mata kita apa yang saya akan buat ialah:

  1. Muhasabah diri. Kejadian yang sama boleh berlaku pada saya juga, kerana saya pun manusia yang lemah seperti semua orang.
  2. Ambil ibrah. Setiap yang berlaku pada kita atau depan mata adalah tujuan untuk kita belajar dan ambil ibrah.
  3. Syukuri apa adanya. Semua yang ada di sisi dan belum didapati syukuri la sebaik mungkin kerana nikmat Allah ni luas seluasnya.
  4. Menegur dengan berhemah. Jika ingin menegur saya tak akan menegur di khalayak ramai sebaliknya menegur dalam keadaan bersendirian atau berdua-duaan dengan orang yang nak di tegur.
  5. Sangka baik sentiasa. Yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
  6. Bersikap rasional. Perkara terakhir yang saya akan buat ialah bertindak ikut emosi. Kadang kita marah, simpati, kasihan atau tak puas lihat keadaan begini. Risau tindakan kita di luar kawalan.
  7. Akhir sekali. Doa kebaikan pada beliau. Hanya Allah yang mampu melindungi sesiapa yang di kehendakinya. Bahkan ibu ayah sendiri belum ada jaminan dapat melindungi anak sendiri.

Wallahu a’lam..

BACA: “Aku Masa Kecil Kena Libas Dengan Tali Pinggang, Elok Je Jadi Orang” – Adakah Ini Cara Didik Anak Yang Sebenar?

Sumber: Mohd Fhais Salim