Baju Tukang Jahit

Harga Baju Budak Pun Boleh Cecah RM300? Tukang Jahit Ini Kongsikan Apa Sebabnya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Memang menjadi kebiasaan, seorang pelanggan lazimnya tidak tahu selok-belok pengiraan kos bagi penghasilan barangan yang ingin mereka beli.

Lebih merumitkan sekiranya si pelanggan tersebut lebih suka mengeluh dan merungut harganya yang mahal tanpa benar-benar cuba untuk memahami kos yang terpaksa ditanggung oleh si penjual.

Bagi baju ‘custom made’ dan ‘ready made’ misalnya, terdapat perbezaan harga sekiranya baju tersebut ditempah khas atau dibeli dari yang sudah siap.

Seorang tukang jahit baju kanak-kanak, Azlyn Ashtar berkongsi pengalamannya berikut tentang bagaimana pengiraan untuk menghasilkan satu tempahan baju yang akhirnya terpaksa dibatalkan oleh seorang pelanggannya kerana harganya mencecah RM300.

Jom sama-sama kita belajar.

Baju Tukang Jahit

Selamat pagi..

Bila kita bukan tukang jahit..  Kita memang tak dapat nak anggarkan harga sepasang baju tu.

Lagi-lagi custom vs ready made harga ia berbeza..

Saya ok je untuk cancellation order ni. Sebab customer pun tak bayangkan harga baju tu sampai 300 ++.. dan dia pun cakap baik-baik..

Kita as tailor cuma perlu terang elok-elok jer..

*** Dia camni..  Saya share sket ye..  Kenapa harga dia cecah camtu..

Customer request untuk size 8 tahun. Sebab saya belum dapat ukuran sebenar.

So saya bajet untuk 8 tahun kain yang perlu digunakan dalam

3.5 meter..  Sebab cut 360°.

Semeter kain ni RM29.50

Total kain adalah RM103.25

Skirt tu ada soft net

Anggaran 6-8 meter (lagi labuh skirt lagi banyak softnet yang digunakan) kalau fabrik luar berat. Perlu tambah hardnet

So harga softnet RM40+-

Andai tambah hardnet anggaran 3-4 meter dalam RM20++

Lining dalam RM15+-

Ok kos fabrik sahaja total RM170+-

Belum termasuk kos benang yang harga RM1. Kos letrik dan upah saya.

So dapat bayangkan kan kenapa sepasang dress walaupun size KIDS harga dia camtu.

🤗🤗🤗

BACA: Rugi Buang Baju Lama Yang Masih Elok, Ini 5 Tempat Anda Boleh Derma

Sumber: Azlyn Ashtar