
Betul Ke ‘Gearbox’ Kereta Auto Cepat Rosak Kalau Tukar Dari ‘D’ Ke ‘N’, Terus Ke ‘P’?
Hampir setiap hari, ada saja tip-tip baharu penjagaan kereta yang dikongsikan di media sosial untuk sama-sama kita jadikan panduan.
Terima kasih diucapkan kepada Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal kerana tidak pernah jemu membuat perkongsian ilmu dalam bidang automatif untuk tatapan para warganet di Malaysia.
Kali ini, di laman Facebooknya, Dr Aid Fawzal telah memberi penerangan mengenai teknik sebenar untuk menukar gear bagi kereta dengan sistem transmisi automatik yang mungkin berupaya memanjangkan lagi jangka hayat kotak gear pemilik kereta auto semua.
Betul ke cara yang kita amalkan sebelum ni? Jom baca perkongsian yang dibuat oleh beliau berikut:
Saya ditanyakan kesahihan tentang teknik masuk gear P (parking) untuk kereta automatik.
Kebiasaannya kita daripada mode D (drive) kita tarik ke N Dan terus ke P. Tapi Abg dalam sebuah video tu kata salah. Katanya kene masuk D ke N, kemudian tarik brek tangan baru ke P.
Jom kita kupas, betul ke??
—–
Point 1: Betul ke cara Abg tu?
Ya betul!
Cara D – N – Brek tangan – P ni supaya kalau-kalau tempat parking kita tu tak rata dan boleh menyebabkan kereta menggelongsor, segala beban akan ditampung oleh brek dan bukannya gearbox.
Pun begitu, kalau parking tempat rata, tak jadi masalah.
—–
Point 2: Betul ke gearbox akan rosak?
Ya dan tidak.
Ini kerana yang rosak bukanlah keseluruhan gearbox ataupon gear yang guna untuk memusingkan/menjalankan kenderaan. Bila masuk P, ada gigi asing yang akan menahan gearbox automatic daripada berpusing (lihat gambar 1).
Katakanlah kita selalu amalkan cara D – N – P baru brek tangan di kawasan parking berbukit, beban kereta akan ditampung oleh ‘parking pawl’. Dan komponen ni yang boleh retak/putus jika beban melampau atau berulang-ulang.
Nak tau bila korang buat silap??
Bila korang dah parking dan nak jalan balik. Daripada gear P nak ke R atau N, ada bunyi sentap atau nak tukar gear jadi keras. Haaa.. tu tanda-tanda korang dah kasi beban berlebihan pada ‘parking pawl’ dan boleh bawa kerosakan kalau diulang-ulang.
Saya tak nak letak hukum mana betul dan mana salah. Anda pilihlah cara mana yang sesuai dengan keadaan anda.
——
Gambar ke-2 tu antara reka bentuk awal ‘parking pawl’ untuk kegunaan automotif. Yang ni dicipta pada 1985 oleh Yamada, Kenichi Mitaka-shi (European Patent number EP0143604A1).
Istilah ‘pawl’ ni apa ya dalam Bahasa Malaysia? Kalau belum ada, apa cadangan terjemah yang anda rasa sesuai?
Dr Aid Fawzal
Middlesbrough UK
BACA: Kenali Simbol Amaran Tertera Pada Kereta Anda
Sumber: Dr Aid Fawzal
Trending now



