Pasaran Jatuh

Pasaran Unit Trust, Saham, Private Mandate, Kripto, Emas, Semua Sedang Jatuh – “Apa Nak Buat Sekarang?”

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ketika ini, dapat diperhatikan pelaburan-pelaburan seperti saham, emas, kripto dan unit amanah yang pernah ‘trending’ sebelum ini sedang mengalami kejatuhan.

Bagi mereka yang sering tertanya-tanya, “Apa Nak Buat Sekarang?”, dikongsikan hantaran bermanfaat berikut yang ditulis oleh Konsultan Kanan INFAQ Consultancy Sdn Bhd, Afyan Mat Rawi, IFP di Facebooknya yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan.

Pasaran Jatuh

Screenshot ini saya ambil daripada posting Dr Azizul Azli Ahmad beberapa minggu lepas.

Memang sekarang market sedang jatuh. Unit trust jatuh. Saham jatuh. Private Mandate jatuh. Kripto jatuh. Emas jatuh.

Dan ejen-ejen atau sifu-sifu yang promote semua pelaburan-pelaburan di atas pun dah tak berapa nak nampak promote.

Dan setiap kali market sedang jatuh, akan ada soalan “Apa nak buat sekarang?”

Sebenarnya ia bergantung kepada objektif dan strategi pelaburan anda. Yang jadi masalah ialah apabila anda melabur sebab ikut-ikutan atau ikut trend.

Masa unit trust sedang trending, kita melabur dalam unit trust.

Masa saham tengah trending, kita melabur dalam saham.

Masa kripto tengah trending, kita melabur dalam kripto.

Masa emas tengah trending, kita melabur dalam emas.

Masa mana-mana pelaburan sedang trending, ketika itu harga sedang menaik dan mungkin berada di puncak. Apabila melabur di pucuk dan kemudian jatuh, maka ramai akan panik.

Banyak kali saya pesan, berhati-hati dengan pelaburan yang sedang trending. Melabur dengan ilmu, bukan dengan emosi.

Apa yang berlaku adalah ulangan.

Saya sudah banyak kali tulis topik ini saban tahun.

Saya pernah tulis beberapa kali tahun ini sejak awal tahun. Tahun 2020 pun saya pernah tulis. Sebelum itu tahun 2018 saya tulis. Sebelum itu, tahun 2016 saya juga tulis.

Tulisan-tulisan saya sebelum ini ketika market jatuh:

2022 https://afyan.com/saham-jatuh-saham-global-jatuh-unit-trust-jatuh-emas-jatuh-kripto-jatuh-private-mandate-jatuh-cpo-jatuh-jadi-takkan-nak-tengok-je.html/

2020 https://afyan.com/saham-dan-unit-amanah-sedang-jatuh-apa-nak-buat-apa-alternatif-yang-ada.html/

2018 https://afyan.com/saham-dan-unit-trust-sedang-jatuh-apa-nak-buat-ini-pelaburan-alternatif-yang-ada.html/

2016 https://afyan.com/pelaburan-unit-trust-sedang-jatuh-apa-nak-buat.html/

Maksudnya apa? Maksudnya memang fitrah market ada masa naik dan ada masa turun. Jika tak sanggup tengok market jatuh, lebih baik letak sahaja di Tabung Haji atau ASB. Ia lebih selamat dan tidak perlu sakit jantung kalau jatuh.

Tahun-tahun yang saya tulis di atas itu, ketika market sedang jatuh.

Baik, saya kongsikan balik “Apa nak buat sekarang?”

Apa yang perlu pelabur lakukan? Ada beberapa pilihan.

A) Keluarkan/cut loss. Panik! Panik!

B) Tambah pelaburan, sebab harga tengah murah. Shopping time!

C) Biarkan. Nanti akan naik balik. Wat lek wat pis. Kalau keluar tak tau nak invest mana, lagipun tak terdesak pun nak guna. Nak tambah, tak ada modal la pula. Hahahah!

1) Ia berbalik kepada objektif asal pelaburan kita. Tanya balik kepada diri sendiri; kali pertama kita membuat keputusan pelaburan, apa tujuan kita?

Adakah untuk setahun?

Adakah untuk 2 ke 3 tahun?

Adakah untuk 4-5 tahun?

Adakah untuk 10 tahun?

Adakah untuk dana persaraan apabila kita bersara pada usia 55 tahun?

2) Jika kita melabur untuk tempoh setahun, unit trust bukan tempatnya. Malah jika utk 2 ke 3 tahun pun, ini bukan tempatnya. Dan jika itulah tujuannya, maka lebih baik keluarkan sahaja.

3) Pelaburan unit trust adalah untuk jangka masa panjang, sekarang-kurangnya melebihi 3 tahun setengah. 5 ke 7 tahun lebih baik. Sebaiknya untuk sehingga umur persaraan. Pelaburan unit amanah ada kos 3% ke 6%. Kena bagi masa untuk sampai ke titik pulangan modal.

4) Naik turun harga unit adalah perkara normal. Adakah ketika anda melabur dan melihat graf harga unit trust, adakah anda diberitahu bahawa unit trust sentiasa untung? Jika ia tanggapan anda sekarang, lebih baik berhenti. Sama ada berhenti mengharap atau berhenti melabur sama sekali.

5) Jadi, untuk mencapai matlamat dalam sesuatu pelaburan, sudah tentu akan berlaku kenaikan dan penurunan harga. Naik dan turun harga unit trust adalah PERKARA NORMAL dalam unit trust.

6) TIDAK ADA unit trust yang SENTIASA NAIK atau yang SENTIASA TURUN. Ia akan berlaku kenaikan dan penurunan dan maklumat itu boleh dilihat di dalam FUND FACT SHEET (FFS) dana yang anda laburkan.

7) Di dalam FFS sudah dinyatakan kadar VOLATILITY dana dalam masa 3 tahun yang dikeluarkan oleh Lipper Leader yang menunjukkan kemampuan harga dana tersebut untuk MELONJAK NAIK atau MEROSOT TURUN.

8) Kadar volatility itulah yang menjadi aspek pertimbangan pemilihan dana dan ia dipilih berdasarkan kadar risiko yang sanggup diambil oleh pelabur. Lebih tinggi kadar volatility, maka lebih tinggi peluang untung dan risiko yang pelabur terima.

9) Adakah anda memang berhasrat membuat pelaburan unit trust untuk tempoh setahun atau jangka pendek? Jika itulah yang dirancang dan itu memang matlamat anda melabur, maka lebih baik hentikan sekarang.

10) Tapi jika memang anda merancang pelaburan untuk jangka masa panjang, kejatuhan harga bukanlah perkara yang anda perlu risaukan. Ia sememangnya perkara yang patut dijangka sedari awal melabur. Tinggal lagi, cepat atau lambat kejatuhan itu.

11) Pelaburan umpama bercucuk tanam; hari ini kita tanam bukan untuk kita petik buahnya sehari, seminggu, atau setahun. Paling tidak 3 ke 5 untuk mendapat tuaian pertama. Lebih lama, ia akan jadi lebih matang. Pernah dengar tak orang kata “Takkan kahwin hari ini dapat anak esok?”.

12) Sebab itu saya selalu tekankan, labur dengan menggunakan duit lebihan simpanan, bukan dari duit simpanan. Supaya, kita tidak melabur dengan emosi. Ia terpakai untuk semua jenis pelaburan termasuk selain unit trust.

13) Sebenarnya, apabila market sedang jatuh, bermakna harga unit trust sedang berada pada kadar terendah. Maknanya, jika sekarang kita membelinya, kita beli dengan harga yang lebih murah.

14) Cabaran pelabur amatur ialah untuk membuat pemantauan secara berkala terhadap dana-dana pelaburan kita. Cabaran ini bukan sahaja kepada pelabur, malah juga kepada perunding unit trust.

15) Bukan senang seseorang perunding unit trust untuk bantu klien untuk pantau pelaburan pelanggan dan memberi advise kepada pelabur. Bukan senang nak monitor pelaburan pelanggan, advise untuk switching, cut loss, lock profit dan sebagainya. Nak cari pelanggan baru lagi, lagi monitor existing client lagi. Jika Tuan-Puan ada ejen yang sebegitu, hargainya. Jaga dia elok-elok.

16) Seorang rakan perunding pernah berkongsi kepada saya, ketika harga sedang naik, dia pun advise para pelanggan untuk buat withdrawal supaya lock profit. Tapi hanya sempat untuk beberapa klien yang awal ambil tindakan sebelum market crash dan kemudian harga jatuh. Betapa ralat beliau apabila hari beliau nak jumpa klien untuk sign borang withdrawal untuk lock profit, hari yang sama market jatuh.

PELABURAN ALTERNATIF

17) Antara alternatif yang ada ialah pelaburan menggunakan Private Managed Account (PMA), di mana akaun pelaburan anda diuruskan oleh seorang pengurus pelaburan dan dia akan uruskan untuk melabur ke pelaburan mana. Boleh pilih sama ada unit trust atau direct ke saham.

18) Pengurus dana akan uruskan pemilihan, switching, lock profit, cut loss dan sebagainya. Ia macam unit trust tapi bukan unit trust. Analogi mudah untuk membezakan PMA dengan unit trust ialah:

– Unit trust macam kita beli baju ready made kat super market. Semua dah siap dan kita tinggal pilih baju mana yang kita nak.

– PMA pula macam kita beli baju melalui tukang jahit. Tukang jahit akan ukur saiz badan kita dan jahitkan berdasarkan ukuran tadi.

19) Pelaburan melalui PMA ini tetap ada risiko tersendiri. Cuma bezanya ialah, pelaburan kita diuruskan oleh pengurus pelaburan yang spesifik. Ia sangat sesuai untuk pelabur amatur. Kalau dah pandai, lebih baik urus sendiri secara online.

20) Malah kita boleh berkomunikasi dengan pengurus pelaburan yang uruskan wang kita. Dengan unit trust ia tidak berlaku. Masa kita beli baju Melayu dekat Parkson, ada jumpa dengan tukang jahit baju kita? Takkan? Kita hanya jumpa dengan promoter baju tersebut. Sama la analogi PMA dengan unit trust tadi. Untuk unit trust, kita jumpa dengan perunding sahaja.

Ada yang nak dapatkan konsultansi pelaburan di Private Mandate? PM http://wasap.my/60192667025/PrivateMandate

BACA: Sanggup Guna Duit PTPTN, 50 Pelajar IPTA Terpedaya Skim Pelaburan Mata Wang Kripto

Sumber: Afyan Mat Rawi, IFP