PRU-15

PRU15: Tak Tahu Nak ‘Pangkah’ Yang Mana Satu? Ini Tip Berguna Buat Semua Pengundi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

NOTA: Artikel ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau dibayar oleh mana-mana parti politik.

Sebenarnya, jika diperhatikan, kemelut politik yang berlaku di negara kita memang sangat menarik dan dapat diumpamakan seperti sebuah karya fiksyen.

Drama turun naik mahkamah, tikam belakang, cubaan merampas kuasa, rasuah, lompat parti dan bermacam-macam lagi skandal gila seolah-olah mengambil inspirasi dari siri novel fantasi epik A Song of Ice and Fire karya George R. R. Martin.

Bakal pengundi khususnya pengundi muda mesti ‘pening kepala’ tak tahu siapa yang patut diundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan kelak, kan?

Untuk itu, peguam dan penulis politik bebas, Liyana Marzuki telah berkongsi tip berikut di Facebooknya. Apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai cara memilih calon berlandaskan ciri-ciri kepimpinan Prinsip SAFT? Kenapakah pentingnya untuk melihat kualiti calon yang bertanding itu sendiri dan bukan saja hanya pada partinya?

Bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut, jom sama-sama kita ikuti tip yang diajarkannya dan bagaimana caranya hendak memilih calon yang benar-benar layak untuk di’pangkah’.

TIP TAMBAHAN: Boleh juga dimainkan lagu tema Game of Thrones/House of the Dragon sebelum menuju ke Pusat Mengundi kelak untuk membakar semangat dan memberi kesan lebih dramatik. Selamat mengundi!

PRU-15

#SAFT

SIDDIQ (truthful)

AMANAH (trustworthy)

FATHONAH (intelligent)

TABLIGH (deliver)

1) Ini ciri-ciri kepimpinan figura paling berpengaruh sepanjang zaman. Nabi Muhammad SAW. Ciri-ciri ini universal. Boleh terpakai kepada semua. Tanpa kira bangsa dan agama.

2) Prinsip SAFT mengkehendaki kita memilih pemimpin yang mempunyai ciri:

a) SIDDIQ (truthful)– bercakap benar walau pahit ditelan. Nampak jelas ikhlas berkhidmat bukan hanya wayang politik. Orangnya perlu pentingkan negara dan rakyat daripada parti sendiri. Jadi Patriot negara bukan semata-mata pejuang parti.

b) AMANAH (trustworthy)– perlu visibly clean tanpa ada elemen meragukan. Kedudukan ekonomi juga stabil dari sumber yang bersih dan halal. Orang kelilingnya juga bukan jenis kaki sapu dan penyangak.

Senang cerita, cari yang menjaga amanah. Bukan suka pecah amanah. Bukan saja dia. Tetapi keluarga dan inner circle.

c) FATHONAH (intelligent)– orangnya perlu bijak, ada kelayakan berpatutan dengan jawatan ADUN atau Ahli Parlimen. Kalau ADUN, kita boleh terima yang set street smart, sekiranya takde kelayakan ijazah.

Tapi untuk Ahli Parlimen, pohonlah cari sekurangnya ada ijazah. Nak lantik pegawai Bank pun kita berkira-kira. Tengok betul-betul kelayakan dia. Inikan pula pemimpin negara. Yang ada kuasa macam-macam pula. Kenalah orang yang bijaksana.

Elakkan jenis set-set sijil tipu. Kalau benda tu pun dia boleh buat, apa lagi yang tak boleh lepas tu.

d) TABLIGH (deliver)– orangnya juga kena ada rekod boleh buat kerja dan menyampaikan benda yang baik. Tolak jenis yang suka senang, sembang kencang dan scammer. Paling teruk set-set penyangak atau gangster. Ini semua set toksik nak jadi Wakil rakyat kita.

Itu dia SAFT tadi. Kita tengok kualiti calon bukan hanya parti.

3) Kenapa kualiti calon dan bukan parti? Sebab sama ada dia akan jadi Kerajaan atau Pembangkang, kita tetap dapat wakil rakyat berkualiti. Sama ada parti dia melompat katak ke sana ke mari, dia yang kita lantik tu tetap katak berkualiti. Kalau dia diangkat jadi Menteri, confirm bukan jenis cap ayam, dapat juga Menteri berkualiti.

4) Kita pun jenuh kan mereka-mereka ni datang dari pelbagai parti. Makanya, mana pun diaorang pergi nanti, mereka tetap orang yang kita lantik with merit. Janganlah diangkat lagi YB cap ayam hanya kerana kita taksub parti.

5) Kepada pengundi dan bakal pengundi, ambil tahu latar belakang calon anda. Demand them for their resume atau CV. Dengarkan ceramah mereka. Tanya dan tengok orang keliling.

6) Seterusnya, try cuba test Prinsip SAFT ini. Jangan lagi dipangkah semata-mata kerana parti.

7) Mana baik, kita sokong. Mana salah, kita bantah. Pemimpin baik kita sanjung, pemimpin hauk kita balun.

8) Loyalty to country, always! Loyalty to political parties or leaders, only when they deserve it!

Salam hormat,
Liyana Marzuki

p/s- ini Prinsip SAFT untuk ADUN dan MP. Untuk ciri-ciri pemimpin yang layak menjadi Menteri pula ada plus point lain. Malah, untuk Perdana Menteri bertambah-tambah lagi lah plus pointnya. Saya akan kupas lain kali.

BACA: Tular Selepas 28 Tahun, KRU Didakwa Ramal Masa Depan Politik Malaysia Menerusi Lagu ’20/20′?

Sumber: Liyana Marzuki