Robot Elon Musk

“Nenek Saya Bergerak Lagi Pantas” – Robot Elon Musk Teruk Kena Kecam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Elon Musk, individu paling kaya di dunia baru-baru ini telah mempamerkan robot humanoid yang dikeluarkan oleh syarikat Tesla di Silicon Valley, California.

Menurut Elon, dijangkakan robot yang boleh melakukan tugas-tugas rumit itu akan mula dijual kepada orang ramai dalam masa tiga hingga lima tahun dengan harga kira-kira AS$20,000 (RM92,740).

Walau bagaimanapun, robot yang diberi nama Optimus itu tidak dinyatakan dengan jelas mengenai tugas rumit yang boleh dilakukannya.

Yang pasti juga, Optimus sudah tentu tidak mampu untuk bertukar menjadi lori treler, kereta sports, mahupun jet pejuang.

Pada majlis tersebut, Optimus dilihat hanya berjalan keluar perlahan-lahan, melambai dan memeriksa lima jari di tangannya sahaja.

Ini membuatkan produk terkini dari Tesla tersebut menerima banyak kecaman di media sosial.

“Nenek saya bergerak lagi pantas,” ciap seorang pengguna Twitter, Gustavo Fernandez.

Media sosial turut membandingkan Optimus dengan Atlas, robot yang dibina oleh Boston Dynamics sebelum ini.

Atlas sememangnya boleh melakukan lebih dari apa yang boleh dilakukan oleh Optimus tetapi perlu diingatkan, Tesla hanya mencipta robot itu dalam tempoh beberapa bulan yang lalu berbanding Boston Dynamics yang telah mengambil masa berpuluh tahun.

Robot Elon Musk

BACA: Tak Dapat Elon Musk Pun ‘Apedehal’?, Rakyat Malaysia Masih Boleh Berbangga Dengan Senarai Ini

Sumber: astro AWANI