Travel USS Singapore

Tip Cepat Dan Jimat Untuk ‘Travel’ Ke USS Singapura Tanpa Perlu Tukar Duit SGD Pun!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bagi mereka yang teringin nak jalan-jalan ke taman tema Universal Studios Singapore (USS), Resorts World Sentosa, Singapura, tip cepat dan jimat ini boleh dijadikan sebagai panduan yang sangat bermanfaat!

Hanya lebih kurang RM150 sahaja diperlukan bagi kos perjalanan 2 orang untuk ke sana yang boleh dibuat tanpa perlu melakukan pertukaran wang dari RM ke SGD pun.

Lebih menarik, masuk ke Singapura dengan cara ini lebih cepat berbanding menggunakan kereta, bas mahupun kapal terbang dari Malaysia.

Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif IAS Valley, Izzuddin Yussof di Facebooknya ini:

Travel USS Singapore

Pergi USS Singapore tanpa tukar duit SGD, tanpa guna bas, kereta Malaysia, atau kapal terbang

Baru-baru ni pergi USS. Dan rasanya ini trip ke USS paling unik aku pernah buat haha.

Sebab aku langsung tak tukar duit SGD. Dan aku masuk Singapore dengan KTM.

Kalau nak tau ini harga-harga masuk Singapore mengikut cara berbeza (one way). Roughly jelah.

KTM: RM5

Bas: RM10

E-Hailing (private): SGD100 ~ RM320

Kapal terbang: ~RM400

*kalau ada salah mintak betulkan

Dah la paling murah, KTM pun ada beberapa advantage sangat best:

1) beli tiket online, tapi akhirnya tak perlukan tiket pun. Passport kita jadi tiket.

2) jadual on time.

3) sampai hanya dalam 5 minit! Takde traffic jam.

4) laluan imigresen jauh lagi cepat. Masa peak hour pun dalam 15 – 20 minit je sebab dia berbeza daripada yang gunakan bas/kereta.

Best kan haha. Dengan semua advantage tu, aku tak nampak langsung reason untuk aku naik dengan transportation lain.

Jadi kalau ada yang berminat nak pergi masuk Singapore dengan KTM, ni apa yang aku buat. Sebab sebelum ni masa nak cari guide kat online tu memang langsung tak jumpa.

Kredit: terima kasih kepada A Syah Ramli sebab kongsikan cara ni hehe.

Travel USS Singapore

Sebelum mulakan perjalanan, pastikan korang buat benda-benda ni

1) Beli tiket USS

Untuk beli tiket ni, aku cadangkan korang beli terus je daripada website USS.

Kalau korang 2 orang, dan ada Mastercard (tak kiralah debit atau credit), korang boleh beli tiket dengan diskaun 20%!

2) Beli tiket KTM

Tiket KTM ni boleh beli melalui Apps dia bernama KTMB Mobile.

Nanti kena masukkan info passport dalam tu. Sebab passport kita akan jadi tiket kita nanti.

Setiap waktu train ada had limit penumpang. Jadi better beli awal untuk timing yang best.

Aku beli last minute haha. Tapi sebab aku pergi weekdays.

Train ke Singapore: 7:30am

Train ke JB: 6:45pm

3) Isi Singapore arrival card

Yang best sekarang ni benda ni dah tak perlukan physical card. Cukup dengan digital registration je.

Install app MyICA Mobile. Mula-mula daftar profile kita. Lepas tu isi pulak bahagian individual submission.. Masa pilih vehicle number tu, tengok dekat app KTM tadi, itu train nombor berapa. Macam aku dapat train nombor 71.

Dah siap je, done. Tak perlu buat apa dah. Masa kat imigresen nanti sistem diorang boleh detect sendiri.

4) Book hotel berhampiran

Sangat recommended malam tu tidur dekat JB. Sebab esoknya nak kena bertolak awal.

Haa tu je. Dah buat 4 benda tu cukup dah la….

Perjalanan daripada Bangi ke Hotel CIQ

Aku naik kereta daripada Bangi. Bertolak dalam pukul 6:30 kot. Menuju ke Hotel CIQ.

Hotel CIQ ni dekat sangat dengan stesen KTM JB Sentral. Sebab tu aku pilih hotel ni. Dia boleh check-in /check-out 24 jam. Jadi tak kiralah kita sampai pukul berapa, nak keluar pukul berapa pun boleh.

Aku sampai dalam pukul 9 kot. Kalau straight tak berhenti boleh sampai dalam 2 jam 45 minit. Emmm itu speed aku bawak la.

Bertolak ke KTM

Kitorang keluar daripada hotel 6:50 pagi. Nak pergi ke KTM JB Sentral tu dalam 5 minit je dengan kereta. Tapi yang lebih susah nak cari parking.

Kitorang parking dekat bahagian kedai-kedai berhampiran. Kena jalan ke KTM tu dalam 10 minit.

Dah parking tu senang je nak tau pergi mana. Follow je orang ramai pergi ke mana 🤣

Pintu untuk masuk KTM akan buka bila sampai masanya. Tunggu je.

KTM ke Woodlands Checkpoint

Perjalanan dengan KTM ni sangat kejap. 5 minit camtu je kot….

Woodlands ni sempadan Malaysia – Singapore. Bila turun je KTM, again follooow je orang ramai pergi mana haha. Nanti akan sampai ke tempat imigresen. Beratur kat bahagian ‘All Passports’.

Tak lama. Dalam 15 minit gitu.

Pastu done. You’re in Singapore.

Pergi ke USS menggunakan MRT

Masa ni dah pukul 8:00.

Ada beberapa pilihan daripada sini macam mana nak pergi ke USS.

1) Bas. Dalam 1 jam 50 minit. Harga dalam SGD5 kot. Kot sebab aku tak tau actual price.

2) MRT. Perjalanan dalam 55 minit. Paling murah. Dalam SGD1-3. Tak sure exact price sebab aku bayar dengan Samsung Pay. Dan entah kenapa dia jadi free 🤔

3) E-Hailing. Paling cepat, dalam 30-45 minit. Kalau nak guna E-Hailing kat Singapore, jangan guna Grab. Tapi guna TADA. Sebab dia dalam 15-20% lagi murah daripada Grab. Daripada Woodlands Checkpoint ke USS dalam SGD30. Jangan lupa set payment method kepada kad kalau korang takde cash SGD.

Aku pilih MRT. Sebab aku memang suka naik LRT/MRT negara lain. Aku rasa macam naik MRT ni paling dekat dengan kehidupan orang local haha.

Cuma satu je. Daripada checkpoint tu ke MRT jarak dia 2km.

Aku malas nak penat pagi-pagi. Jadi aku pun ambik TADA. Kos ke Woodlands MRT dalam SGD9.

Edit: baru tau ada ke bas daripada Woodlands Checkpoint ke Woodlands MRT haha. SGD1 je.

Daripada Woodlands MRT ke Harbourfront

Basically flow dia….

Naik North-South Line (NSL) ke stesen Dhoby Ghaut (dalam 45 minit).

Lepas tu dekat Dhony Ghaut tukar ke North-East Line ke stesen Harbourfront (dalam 10 minit).

Bila sampai Woodlands MRT, cari je signboard NSL.

Nak bayar naik MRT dia boleh guna je PayWave. Jadi boleh je guna debit card korang, atau credit card, atau Samsung Pay atau Apple Pay.

Kalau penat, masa naik MRT ni waktu paling best untuk tidur haha. Dia tak sesak macam LRT kat Malaysia.

Dari Harbourfront ke USS

Masa sampai stesen Harbourfront, korang cari signboard ke Vivo City Mall.

Bila dah sampai Vivo City Mall pulak, korang cari pulak signboard ke Sentosa Express. Bila mula naik escalator, naik je sampai Level 3.

Tapi sebelum naik level 3 tu korang akan lalu area yang ada banyaaak kedai makan. KFC diorang ada breakfast. Dan sedap jugak burger breakfast kat situ haha. Takde kat Malaysia rasanya.

Lepas naik level 3, nanti korang akan nampak la signboard besar-besar tulis Sentosa Ticketing.

Boleh beratur beli tiket. Tapi aku sekali lagi tak sure kenapa hari kitorang pergi tu dia percuma.

So kitorang naik je monorail dia, dan sampai ke USS 👏👏👏

Travel USS Singapore

******** Enjoying at USS ********

Untuk pengetahuan, semua benda dalam USS pun boleh guna PayWave. Jadi daripada korang tukar duit SGD dan rasa terpaksa habiskan sebab dah tukar, bagi aku overall masih lagi jimat guna je kad.

********************************

Daripada USS ke Woodlands Checkpoint

Memandangkan KTM balik kitorang 6:45, to be safe pukul 5 kitorang dah keluar daripada USS.

Untuk balik sebab dah penat dan nak cepat, kitorang decide untuk ambil je TADA direct daripada USS ke Woodlands Checkpoint. SGD30

Pickup point untuk E-Hailing ni berhampiran dengan Casino. Jadi korang cari je signboard ke Casino. Kena turun escalator. Ke kiri Casino, ke kanan nanti korang akan nampak pintu keluar basement untuk pergi ke tempat bas, teksi etc.

Order TADA. Dan pergi Woodlands Checkpoint.

Travel USS Singapore

Woodlands ke JB Sentral

Sampai je checkpoint tu, sama je jugak, korang follow signboard ke KTM, dan follow je orang ramai haha.

Macam biasa kena tunggu pintu bukak baru boleh masuk, dah bukak tu lalu je.

Mula-mula kena lalu imigresen Singapore, pastu lalu pulak untuk Malaysia.

Untuk Malaysia punya passport kita boleh je guna yang E-Gate kot. Kalau korang dah biasa naik flight mesti biasa guna benda ni.. Tak lama, masa aku pergi tu kena beratur belakang sorang je.

Pastu masuk KTM. Dan balik.

Welcome home.

Total kos perjalanan untuk 2 orang: RM20 + SGD39 (~RM125)

Sekian

Travel USS Singapore

https://shope.ee/LBgnCQGf2
Aku bawak benda lebih kurang macam ni sepanjang perjalanan kat sana. 65W speed sangatlah membantu haha. Given that device korang support la.

BACA: Tip ‘Travel’ Paling Jahanam: Letak Bantal Di Tengah Jika Tidur Dengan ‘Boyfriend’ Di Hotel

Sumber: Izzuddin Yussof