
Terkandas Di Mekah Dan Ditinggalkan Seorang Diri Di Hospital Gara-Gara Buat Umrah ‘DIY’
Satu kisah yang amat menyedihkan telah dikongsi oleh Afiz Ayub di laman Facebooknya mengenai seorang jemaah umrah yang terkandas seorang diri di Mekah.
Semuanya berlaku gara-gara dia mengambil keputusan untuk menunaikan umrah secara sendiri ataupun ‘DIY’ kononnya untuk lebih jimat dan murah namun akhirnya ditinggalkan seorang diri di Tanah Suci dalam keadaan sakit dan terpaksa dibawa ke hospital.
Jom baca kisah penuh yang dikongsikan berikut untuk dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran kepada bakal jemaah umrah yang lain pada masa akan datang.
Sedikit pesanan kepada Umrah DIY atau Agent Tangkap muat.
Jelas saya katakan nak buat business umrah ini bukan mudah seperti ABC. Nampak semua boleh buat duit tetapi kena faham anda bermain dengan nyawa orang ni. Memang seronok nak buat sendiri tetapi ilmu dan tenaga harus ada bukan pentingkan diri sendiri. Jangan kira untung semata-mata tetapi hakikatnya jemaah kosong malah ditinggalkan.
Saya berikan satu contoh. Baru-baru ini ada jemaah yang sakit dan beliau keseorangan di masjid. Apabila ditanya dikata dia pergi bersama rakan secara DIY. Katanya nak murah. Diceritakan masa sampai waktu malam di Mekah tiada hotel dan terpaksa jalan sekitar Mekah mencari hotel lain. Dah dapat hotel esok baru boleh check-in sebab tunggu jemaah keluar sebab mereka sampai tengah malam. Bayangkan dengan penatnya flight 9 jam dan 2 jam masa abis nak ke Mekah. Sampai Mekah semangat berihram dengan 2 luggage takde pula hotel. Ini belum lagi cerita sampai airport cari taxi tapi kene caj mahal. Kalau ilmu penuh di dada dan dah biasa tak mengapa tapi tanggungjawab kita bawak orang lain yang tiada ilmu, parah nanti.
Dah dapat hotel, jemaah ini menceritakan tiada pula jadual pergerakan dan semuanya tangkap muat. Akhirnya terkandas semua. Sampai pula di Madinah dah penat nak cari makan pun payah. Pada hari terakhirnya jemaah ini rebah dan ditinggalkan group mereka kerana masing-masing sibuk kejarkan nak balik airport. Rebah asbab tekanan darah terlalu rendah dan demam teruk. Kami hubungi Tour Leader tanya jemaah ni macam mana sebab nak kene bawak hospital sebab dia sakit. Mudah je Tour Leader jawab ‘kami nak flight balik ni tuan’. Eh abis tu jemaah ni nak biar sini ke?
Kesian dan sangat kesian. Akhirnya kami bawa jemaah ini masuk hospital dan hampir 2 hari kami jaga beliau di hospital. Hari ke 3 dah boleh balik. Flight ticket pun dah hangus. Asbab kerana Allah, kami bantu beli ticket balik RM1800 dan hantar beliau pulang. Oh lupe nak cakap bill hospital kena SAR7800. Insya-Allah kami percaya Allah akan ganti rezeki lain. Jemaah ini kami hantar pulang sehelai sepinggang kerana luggage semua hilang. Buat duit Tour Leader ni sebab tak murah pun package dia buat ni.
Dalam RM
Ticket flight 4100
Visa 700 (gile lagi mahal dari TA berlesen cas)
Bilik 180 satu malam share 4 orang (Hilton pun tak mahal ni) x 10 hari 1800
Makan sendiri
Transport 1000
Tiada ziarah tiada mutawif.
Total RM7600 tanpa makan dan tiada ziarah serta arah tujuan tau. Duduk Makkah Tower dan Artal Munawarah. 😆 Perghh bilik 180 semalam tu duduk hotel 3 star 🥳 di Madinah.
Baiklah pergi sahaja dengan TA yang established. Banyak yang boleh tawar harga terbaik sebab mereka berpengalaman dan pastinya bertanggungjawab sepenuhnya kepada jemaahnya. Jangan pergi tangkap muat sebab tujuan utama adalah ibadah kepada-Nya bukan melancong suka suki choca choki 😝.
Kita doakan agar tiada yang mempergunakan agamanya demi kepentingan peribadinya.
Penafian: gambar di bawah adalah jemaah yang group umrah kami bantu asbab semput dan terpisah dengan groupnya. Pakcik ini semput di luar masjid dan kami menghantar pakcik ini masuk hospital. Alhamdulillah pakcik ini sekarang masih di hospital bersama wakil travel agensinya yang bertanggungjawab. Terima kasih jemaah yang turut membantu kami menguruskan pakcik ini.
#doitforAllah
BACA: Ibadah Haji DIY, Adakah Ia Dibenarkan Oleh Undang-Undang?
Sumber: Afiz Ayub
Trending now



