Panggilan Scammer

Kenali 7 Jenis Panggilan Dari ‘Scammer’ & Cara ‘Berhemah’ Untuk Menanganinya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

‘Scammer’ kini sedang aktif menjalankan aktiviti penipuan mereka dengan pelbagai cara dan teknologi.

Salah satu cara yang sering digunakan oleh ‘scammer’ pada hari ini ialah dengan membuat panggilan telefon terus kepada mangsa sebelum memerangkap mereka.

Bagi mereka yang risau, berikut merupakan perkongsian yang dibuat oleh Suhaili Mohd Zain atau Puan Sally di Facebooknya mengenai cara-cara untuk mengenali panggilan dari ‘scammer’ dan langkah mudah serta ‘berhemah’ untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa mereka yang seterusnya.

Panggilan Scammer

SCAMMER

7 jenis panggilan yang perlu kita elakkan.

Dalam bulan ni banyak sungguh dapat panggilan dari orang tak dikenali. Ini yang Sally terima bulan ni jer.

1) Insurans Company

Assalamualaikum

Saya Haji Zulkifli Mohd Ghani (sengaja dia tekankan perkataan HAJI tu) wakil daripada AIA Insurans Malaysia. Puan ada tunggakan 3 bulan. Mengikut prosedur kami……

Jap. Jap.. Dari Insurans mana tadi?

AIA Insurans….

Memang teruk service u ols. Saya tak nak pakai dah insurans tu. Tutup jer lah.

Oo.. Puan nak tutup? Tapi yang puan bayar tu nanti hangus semua.

Takper saya baru dapat sejuta menang lucky draw. 🤪 Tutup jerlah yang tu.

Tut… tutt.. tutt…

2) Scammer Pos Laju

Hi Puan. Kami ada simpan parcel puan ni. Besar ni. Mungkin pengeposan barang mahal. Jadi sebelum hantar kami nak sahkan beberapa maklumat puan.

Barang apa?

Tak pasti puan. Tapi nilai dia mahal ni. Sebab tu kami kena sahkan maklumat puan.

Ooo.. saya ada kat London sekarang ni. Takperlah. Saya tak nak barang tu. Bagi je kat saper2. 🤪

Tut….. letak terus.

3) Scammer LHDN

Ini adalah panggilan keselamatan daripada Lembaga Hasil Negara. Anda mempunyai cukai tertunggak….. Kegagalan mengesahkan maklumat dan menjelaskan tunggakan akan dijatuhkan hukuman penjara…. bla bla bla..

Tuttt.. Saya terus letak.

4) Scammer Kastam

Puan ada barang yang dipos dari oversea. Barang puan ni sangkut kat kastam. Kena clear RM5,000 untuk pelepasan kontena dan RM300 untuk kos penghantaran terus ke rumah puan.

Takperlah. Pulangkan balik ke tuan penghantar tu. Saya tak nak.

5) Scammer Nak Pinjam Duit

Ini guna profile kawan kita. Minta pinjam duit RM1000, pukul 9 pagi nanti akan bank in terus untuk ganti.

Saya hantar terus gambar api neraka kat dia.

6) Apply Loan dari Bank

Puan, loan yang puan apply ni tak lulus sebab tak ada salinan IC 3 keping. Puan kena berikan untuk kami luluskan hari ini juga.

Aikk.. saya baru je dapat RM10 juta loan. Dah lulus dah. Sekarang saya dah sampai Las Vegas dah. 🤪

7) Wang Tak Dituntut

Ini adalah panggilan dari Bank Negara. Anda mempunyai sejumlah …. ntah berapa ribu dia sebut ku tak ingat… Wang tidak dituntut ini akan menjadi hak milik kerajaan sekiranya pengesahan tidak dibuat. Anda dikehendaki menekan link pada SMS yang akan dihantar untuk pengemaskinian maklumat.

Wekkkkk… Cehh wang tak dituntut konon.

Guysss. Bermacam-macam closing teknik yang mereka gunapakai. Janganlah terpedaya. Jangan tamak. Jangan teruja. Pesan kat mak ayah kita juga. Kita jaga harta kita jer. Kita makan hasil usaha kita jer yang di depan mata. Tak payah rasa tamak nak lebih atau nak duit jatuh dari langit.

Kalau rasa tak pernah apply loan, jangan layan. Reject terus call mereka.

Kalau rasa tak order barang, jangan dilayan. Takde mat salleh secret admire baik yang hantar barang dari oversea untuk buat surprise delivery kat anda.

Jangan tekan apa-apa link kat SMS atau WhatsApp. Jangan. Bahayanya. Lagi-lagi link yang minta no IC, nombor bank dan sebagainya.

Kalau dari pihak bank, pastikan anda tahu URL yang jelas. Masuk ke URL rasmi bank. Bukan klik link dari mana-mana SMS/WhatsApp atau e-mail. Amalkan begitu.

Tak perlu salahkan pihak Bank. Bank ada SOP dia. Jika kita melayan, kita tidak provide apa-apa info, insya-Allah ia selamat. Saya pernah beberapa kali pihak luar swipe Credit Card tanpa TAC. Transaksi luar negara. Report sahaja kepada Bank, submit dispute form dan duit pihak Bank refund balik.

Tiada pihak yang akan rugi. Maybe leceh sikit dan 1-2 bulan juga urusannya. Tapi akan dapat balik. Bank mana bisnes nak rugi. Bank mana yang nak tanggung kerugian atas kelalaian dan kesalahan orang lain. Mereka pun bisnes juga.

Jadi kita jaga info kita, maklumat kita. Masing-masing ada tanggungjawab tersendiri. Jika misleading info dari pihak mereka, jika sistem mereka tak padu, insya-Allah kita takkan rugi apa-apa.

Pesan kat sedara mara kita, mak ayah kita, kawan-kawan kita, berhati-hati dan berjaga-jaga. Manusia makin rakus menipu merompak pelbagai gaya dan teknik terkini. Kitalah yang kena lebih waspada.

Yang elok… JANGAN ANGKAT NOMBOR TAK DIKENALI. Zaman sekarang, kalau betul urgent, kalau betul orang yang kita nak bercakap, mereka akan WhatsApp kita juga jika telefon tak dapat dihubungi.

Jika wakil insurans, sentiasa bercakap dengan wakil insurans kita. Double check dengan mereka dulu. Baru proceed to the next step.

Jika bahagian pos atau kastam, minta nombor rujukan kes. Wajib ada ni. Tak kisah kes apa pun, dan semak dengan branch atau ibu pejabat. Ambil nombor dan anda semak sendiri. Bagitau saya akan semak di cawangan berdekatan. Saya akan ke kaunter untuk urusan lanjut. Minta nombor kes sahaja. Never never berurusan secara online jika terlibat dengan maklumat peribadi. Semua organisasi ada sistem sekarang ni.

Saya hanya berpesan supaya kes-kes scammer ni tidak berulang-ulang dengan lebih banyak lagi.

JANGAN JAWAB PANGGILAN TELEFON NOMBOR YANG TIDAK DIKENALI.

Itu jer nak bagitau.

Puan Sally 🌹

BACA: Sering Kena ‘Spam’ Dan Diganggu Oleh Ejen Jualan? Ini Cara Bagaimana Nak ‘Ajar’ Mereka

Sumber: Suhaili Mohd Zain