Maybank Menara Merdeka 118

Adakah Ibu Pejabat Maybank Dipindahkan Ke Menara Merdeka 118 Satu Langkah Bijak?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Maybank akan memindahkan ibu pejabat korporatnya dari Menara Maybank di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur ke Menara Merdeka 118 yang menyaksikan berlakunya perbualan hangat di media sosial.

Terdapat desas-desus yang mengatakan langkah ini merupakan satu pembaziran kerana ianya tidak melibatkan perancangan yang teliti malah Maybank juga didapati seolah-olah ‘dipaksa’ masuk ke bangunan kedua tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara tersebut.

Menulis di Facebooknya, Syed Agil Jamalullail telah berkongsi pandangannya berikut yang boleh dijadikan sebagai rujukan orang ramai untuk mendapatkan sedikit pencerahan berhubung isu ini.

Maybank Menara Merdeka 118

Maybank akan pindah ke Menara Merdeka 118 ni sebenarnya dah dikaji lebih awal.

Menara Maybank dah 35 tahun, dah lama dan memang board dah bincang sama ada untuk buat menara baru, atau refurbish menara lama atau sewa je di tempat baru.

Lepas dikira cost-benefit, kalau nak upgrade Menara Maybank, refurbish, keluar barang, sewa tempat lain, masuk semula akan menelan belanja yang lebih mahal.

Rental di Menara Merdeka 118 sekitar RM69.58 juta adalah rendah dan manageable, dan jika nak dibandingkan dengan annual profit RM8 bilion Maybank.

Tambahan pula, Maybank akan terima RM12.1 juta on triple net basis Menara Maybank yang dilease semula kepada PNB.

RM8.95 psf effective rate, not a bad idea.

Lagipun PNB memiliki 39.85% saham Maybank, so kira sama-sama untunglah.

Dari sudut pandang PNB pula, Menara Merdeka 118 dah siap 92–93% dan dijangka siap hujung tahun 2022.

Merdeka 118 dijangka memiliki 70% penyewa menjelang hujung tahun ni.

Antaranya ialah Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF), Sapura Energy, SP Setia, Sime Darby, UMW, dan Velesto Energy.

Selain menara, ia juga ada 1.7 juta sq ft premium Grade-A office space yang akan disewakan.

17 tingkat teratas akan menempatkan Park Hyatt Hotel.

Selain tu, ada LRT dan MRT line di basement yang akan menaikkan lagi daya tarikan dan connectivity Merdeka 118.

So tak ada isu Maybank dipaksa masuk, malah jika ekonomi terus berkembang insya-Allah Menara Merdeka 118 akan jadi salah sebuah projek ikonik PNB yang berjaya.

BACA: Baru Sahaja Nak Bergelar Bangunan Kedua Tertinggi Dunia, Menara 118 Dah Jadi ‘Mangsa’ Vandalisme

Sumber: Syed Agil Jamalullail