Gembox@Nilai

[email protected] – Suasana Dan Kehangatan Malam Di Malaysia Kini Lebih Meriah!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Satu tarikan dan destinasi pelancongan baharu di Malaysia akan menemui orang ramai tidak lama lagi – GEMBOX!

Nikmati makanan tempatan dan pelbagai tarikan menarik dari 13 buah negeri di Malaysia dalam sehari hanya di satu lokasi iaitu di [email protected] mulai 13 September 2022 ini.

[email protected] merupakan sebuah projek konsep pasar malam moden yang menjadi tarikan pelancongan terbaharu di Nilai, Negeri Sembilan. Gembox yang disifatkan sebagai Pasar Malam Kebudayaan Simbolik Malaysia akan menghimpunkan pelbagai barangan tempatan termasuk makanan, kraftangan dan budaya dari 13 buah negeri di seluruh negara dan beroperasi bermula pada 13 September 2022.

Gembox@Nilai

Keluasan 14 padang bola sepak!

Kebanyakkan tempat atau negara mempunyai pasar malam yang tersendiri melambangkan keunikan dan keistimewaan seperti Chatuchak Market, Thailand, Pasar Malam Shilin,Taiwan dan Pasar Myeongdong Korea. Kini dengan adanya Gembox di Malaysia keluasan tanah keseluruhan sebanyak 14 padang bola sepak, ia akan menjadi salah satu tarikan utama yang setaraf dengan pasar malam terkemuka.

Aneka hidangan juadah makanan

Malaysia sememangnya terkenal di seluruh dunia dengan aneka juadah makanan dari pelbagai kaum dan etnik. Namun demikian, setiap negeri turut mempunyai makanan tempatan masing-masing seperti Daging Salai Lemak Cili Api dari Negeri Sembilan,Ikan Patin Gulai Tempoyak, Laksa Utara dan Laksa Sarawak, Bak Kut Teh, Klang dan lain-lain. Kini, pengunjung dapat menikmati makanan popular dari 13 negeri dengan hanya berkunjung ke Gembox.

Penghimpunan makanan dari 13 buah negeri ada sebagai promosi gelombang pertama buat masa ini. Beberapa tarikan telah beroperasi iaitu Dataran Warisan, Malaysia Food Avenue, Gembox Food Avenue, Rainbow Night Market, 4-Trendy Trail dan juga Pacific Circus.

Keunikan kebudayaan

Seterusnya, akan terdapat pelbagai elemen keunikan Malaysia seperti barangan cenderamata, hasil seni kraftangan, buah-buahan tempatan serta barangan trendy semasa di Gembox.

Ini bertujuan memberikan lebih banyak peluang kepada para pengunjung untuk menikmati kebudayaan Malaysia. Ini juga membantu meningkatkan ekonomi, nilai budaya dan sekaligus memulihkan sektor-sektor tertentu termasuk perniagaan kecil dan sederhana serta sektor pelancongan.

Gembox juga telah mendapat sokongan dan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Tourism Malaysia, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Melaka, Perak, agensi-agensi pelancongan dan lain-lain. Ini kerana Gembox berpotensi besar untuk menjadi destinasi pelancongan yang berpotensi tinggi.

Lokasi mudah

Lokasi sungguh mudah untuk dikunjung kerana bersambung dengan Lebuhraya PLUS, Lebuhraya LEKAS, Lebuhraya ELITE dan lain-lain lagi. Gembox terletak di antara Kuala Lumpur and Putrajaya, dalam kira-kira 18km dari KLIA and KLIA2 boleh menjadi destinasi pertama buat pelancong ke Malaysia ataupun terakhir sebelum pelancong pulang ke negara masing-masing.

Gembox@Nilai

Pasar malam

Keunikan Gembox telah menerapkan elemen adat dan budaya Malaysia ke platform pasar malam moden. Ia menghimpunkan 600 buah gerai yang menawarkan lebih daripada 10,000 barangan tempatan dari 13 buah negeri di seluruh negara. Ia juga akan menganjurkan lebih daripada 100 aktiviti kebudayaan dari semasa ke semasa. Pengasasnya ingin memberikan setiap pelancong perasaan “WOW” apabila mengunjungi Gembox. Beliau percaya, Malaysia yang kini berada dalam fasa peralihan ke era endemic, Gembox akan menjadi lokasi pelancongan pilihan terutama.

Pasar malam tradisional yang konsep warna Pelangi akan mempunyai 300 gerai, dan food truck yang berwarna-warni di mana pengunjung boleh menikmati makanan jalanan di pasar malam tersebut.

Waktu operasi

Gembox adalah destinasi pelancongan baharu yang akan sentiasa memberikan berbagai kejutan kepada pengunjung dan membolehkan mereka merasai “Malaysia Truly Asia, Gembox Truly Malaysia”. Segala urusan perniagaan di Gembox akan dijalankan dengan kaedah tanpa tunai dan waktu perniagaannya adalah bermula pada pukul 5 petang hingga lewat malam setiap hari.

Bulan Kemerdekaan di Gembox

Di samping itu, bersempena dengan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, pihak penganjur akan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang bertema “Wow Malaysia” supaya pelancong dari dalam dan luar negara dapat menikmati makanan tradisional serta menghayati kebudayaan Malaysia. Aktiviti pertama, iaitu Pacific Circus akan membawa hiburan yang menakjubkan kepada pelawat Gembox, setiap Isnin hingga Ahad, pada pukul 8.30 malam selama 90 minit, persembahan Pacific Circus termasuk nyanyian, tarian, aksi, akrobatik, Roda Kematian dan banyak lagi! Aktiviti ini pasti akan menghiburkan keluarga dan anak-anak sepanjang malam.

Media sosial

Maklumat lanjut sila layari www.gembox.com.my ataupun ikuti Facebook (facebook.com/gemboxnilai) dan Instagram (Instagram.com/gembox.malaysia).