Susu Kambing

“Betul Ke Kalau Nak Subur Kena Minum Susu Kambing?” – Ini Jawapan Doktor Pakar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Memang tidak dinafikan, terdapat banyak khasiat yang boleh diperolehi dengan meminum susu kambing.

Salah satu khasiatnya yang sering diperkatakan di kalangan masyarakat di Malaysia ialah ianya berupaya meningkatkan kesuburan.

Sejauh manakah benarnya ‘claim’ ini? Ikuti penerangan dari Doktor Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G), Dr Imelda Balchin yang membuat hantaran berikut di Facebooknya baru-baru ini bagi menjawab dakwaan tersebut.

Susu Kambing

“Doktor Imelda, betul ke kalau nak subur kena minum susu kambing?”

Masih ada lagi netizen-netizen yang terpedaya dengan penjual produk overclaim dan tanya saya apakah makanan yang meningkatkan kesuburan.

Jawapan saya ialah, masalahnya ialah terlebih makan, bukan kena tambah makan.

Kurangkan pemakanan yang berlebihan ini, buat regular exercise, jangan benarkan berat badan anda jadi obese, suruh suami anda berhenti merokok, jangan minum arak atau hisap ganja. Jika suami atau isteri ada obesiti dan diabetes, maka kedua-dua mesti cuba kurangkan berat badan dan kawal diabetes. Kajian perubatan sudah membuktikan bahawa orang lelaki juga boleh dapat masalah kurang subur jika ada obesiti dan diabetes.

Kemudian, kalau tak conceive juga, sila buat temujanji di klinik infertility bersama suami anda, untuk pemeriksaan kesihatan kedua-dua suami dan isteri, bukan pi cari apa lagi nak makan naaaaa….

Hakikatnya ialah, pasangan suami-isteri yang ada masalah kesuburan, 50% puncanya ialah masalah kesuburan suami dan 50% puncanya ialah masalah kesuburan isteri.

Tetapi penjual produk selalu target Perempuan saja dan tuduh Perempuan saja tak subur dan suruh Perempuan saja beli produk dia.

Anda pernah lihat kaaaaa depa berani suruh lelaki minum susu kambing overclaim atau produk cuci sperma kalau belum berjaya dapat anak? Tak pun, dok suruh Perempuan je beli produk dia dan suruh Perempuan je beli produk cuci rahim dia. Tuduh Perempuan saja yang ada masalah. Toksah laa jadi macam Encik Jamil kat dalam Madu Tiga tu dok tuduh Tipah mandul, tapi Encik Jamil dah kahwin tiga pun masih belum dapat anak lagi.

Tak pernah ada bukti pun minum susu kambing boleh meningkatkan kesuburan. Mungkin sebab ramai yang minum susu kambing tu kebetulan saja subur, dan memang pun subur, bukan sebab dia minum susu kambing tu. Baik garu kepala saja laaaaa. Ramai orang garu kepala saja pun subur apa….

Mungkin mereka tak tahu, yang kambing betina yang dah membesar minum susu kambing ibunya pun ada yang mandul juga…..

Jangan tertipu.

Jaga kesihatan.

Jumpa doktor di klinik.

Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda.

2 Susu Kambing

BACA: Dakwa Dapat Rawat Denggi, Harga Susu Kambing Di India Melonjak Hingga RM87/Liter

Sumber: Imelda Balchin