
Lelaki + Handbag = Lurus Bendul x Hamba Perempuan?
Tular satu hantaran di media sosial yang mempertikaikan peranan kaum lelaki yang sanggup membawa ‘handbag’ milik isteri atau teman wanitanya.
Dalam hantaran tersebut, lelaki jenis ini digelar sebagai lurus bendul serta dikatakan seperti hamba perempuan dan situasi sedemikian adalah tidak sepatutnya berlaku sama sekali.
Hantaran tersebut kemudiannya dikritik hebat oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh di laman Facebooknya yang menyenaraikan beberapa ‘point’ agar kaum lelaki tidak terpengaruh dengan ‘post’ yang disifatkannya seperti ‘hasutan syaitan’ tersebut.
Jom baca perkongsian yang sangat menarik dari Cikgu Fadli berikut:
~ Dari lelaki untuk lelaki ~
Pernah nampak tak post yang mengatakan lelaki yang bawa handbag isteri/awek ni jenis lelaki lurus bendul? Lagi parah, siap kata jadi hamba perempuan.
Kalau kau lelaki merangkap suami, jangan la kau terpengaruh dengan hasutan syaitonnn FB tersebut. Kalau kau terpengaruh, memang ngok la jawabnya.
Kenapa?
- Nama pun perempuan. Handbag dia memang besar. Dalam tu segala benda ada. Dari barang berharga sehingga yang langsung tak ada harga.
- Dalam handbag perempuan ni ada gelang emas, ada handset, ada dompet, ada duit, ada pampers anak, ada pampers dia, ada pengepit kuku, gincu, deodoran, powerbank, ada resit tol, ada tiket wayang 20 tahun lepas, ada telur lipas dan segala bagai. Barang korang pun tumpang dalam tu juga kan?
- Bila banyak barang, maka handbag mereka berat. Kalau kita lelaki yang bertanggungjawab, kau tolong la bawakan. Ringankan beban dia. Dia kan kaum lemah, kau pula hari-hari update status angkat besi kat gym. Takkan nak tolong bawa handbag berkira? Tolonglah ringankan beban mereka.
- Ada yang kononnya bawa anak bini pergi shopping. Dah la segala barang dapur bini bayarkan. Troli dia tolak lagi. Anak seorang atas dukung, seorang lagi pegang baju dia. Pikul handbag lagi.
- Laki sebatu kat depan sana jalan laju-laju hisap vape sambil balas WhatsApp. Gelak-gelak senyum-senyum layan TikTok sedangkan anak bini bersusah payah kat belakang. Kena tak gitu?
Adeh, baru sikit point bagi dah panjang berjela. Lantak la panjang pun, aku tulis sampai habis. Korang baca ke tak nombor 87.
- Pernah baca news dan tengok berita? Siapa yang jadi mangsa ragut? Perempuan la beb. Mereka jadi mangsa sebab mereka lemah. Bawa beg pula berlenggang-lenggang sambil betulkan contact lense kaler hijau yang nak tercabut. Memang jadi mangsa la.
- Ada kes ragut sampai meninggal dunia, ada yang baby dalam perut gugur dan ada yang luka parah. Lelaki sejati takkan biar la nyawa awek/bini dia dipertaruhkan kerana sebiji handbag. Tambah-tambah nyawa isteri dan anak dalam kandungan.
- Lelaki ketua keluarga beb. Keselamatan mereka tanggungjawab kita. Tak payah aku bacakan hadis pasal tanggungjawab suami la kat sini. Padan kau hadam apa yang aku tulis je.
- Takkan hilang macho seorang lelaki kerana bawa handbag isteri. Tambah-tambah di mata orang tua dan kaum hawa. Aku selamba je pikul handbag bini aku siap pakej dukung anak lagi.
- Orang nak kata aku lurus bendul dan jadi hamba wanita sebab bawa handbag dan dukung anak, lantak ke dia.
- Kemon brader. Jangan abaikan keselamatan bini dan anak dalam perut kerana dakyah syaitan kat media sosial ni. Bawa je handbag bini kau dengan bangga.
- Jangan bawa handbag bini orang lain sudah. Kena kapak dengan laki dia pah spitalana.
- Nak nampak lagi macho, kau pikul bini kau sekali tiap-tiap kali pergi jalan-jalan. Kau cubalah. Aku tak nak. Aku tunggu nak kutuk kau je nanti kalau gambar kau viral. Haha.
#MFS
BACA: Suami Akan ‘Stress’ Jika Isteri Bergaji Lebih Besar? Ramai Tak Setuju Dengan Perkongsian Kajian Ini
Sumber: Mohd Fadli Salleh
Trending now



