Orang Jepun

Rupa-Rupanya, Inilah Pandangan Orang Jepun Terhadap Negara Kita

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Orang Jepun memang terkenal dengan budaya mereka yang mementingkan rasa hormat dan disiplin yang tinggi. Memang amat jelas dan sungguh ketara perbezaannya jika sikap rakyat negara Jepun hendak dibandingkan dengan rakyat negara kita.

Adakah pernah kita terfikir apa sebenarnya pendapat dan pandangan orang Jepun terhadap Malaysia?

Dr Yazeed Hair Johari telah merungkai misteri ini setelah bertanyakan sendiri persoalan tersebut kepada seorang pesakit Jepun yang ditemuinya. Berikut adalah perkongsian yang dibuat di Facebooknya:

Orang Jepun

2 PENDAPAT RAKYAT JEPUN TENTANG MALAYSIA

Tadi datang sorang pesakit dari Jepun ..

Miss Junko .. Dia dah kerja dekat Malaysia 3 tahun sebagai akauntan salah satu hotel 5 star dekat Bukit Bintang ni.

So dia datang tadi nak buat PCR .. Sebab nak balik Jepun ..

Orangnya sopan santun dan agak friendly ..

So macam biasa lah, bila ada orang luar datang negara kita .. Mesti kita nak tau kan .. Pandangan orang luar tentang negara kita ..

Selalunya mesti kita tanya? Do you like Malaysia? How do you think about Malaysia?

Kita pun nak tau apa padangan orang luar tentang makanan kita, tempat kita, culture kita ..

So aku pun tanya benda yang sama ..

How do you like Malaysia so far?

Miss Junko jawab ..

“The country is good, beautiful landscape, but most of the food are unhealthy .. And the roadside is dirty especially outside KL”.

“Negara Malaysia okey, cantik dari segi semulajadi .. Tapi makanan dekat Malaysia ni semuanya tak sihat, tepi jalan kotor lebih-lebih lagi kawasan pendalaman luar KL”.

Jujur betul si Junko ni .. Sama macam atok angkat aku dekat Kyoto .. Kalau benda tu tak elok dia memang tegas cakap tak elok ..

Ingatkan dia nak puji satay ke, nasi lemak ke .. teh tarik ke .. Rupanya idok ..

Aku terkedu kejap .. Pedih hati ini ..

Ikut hati .. Nak je aku inject tengkuk dia .. Tapi tulah .. Kebenaran itu pahit ..

Sebagai rakyat Malaysia .. Aku terima…

Ambik kau .. Sapa suruh tanya 😂

Hawau betul .. Rupa-rupanya inilah pandangan orang luar dekat kita .. 😓

Masih level 3rd world country ..

P/S Nanti aku try tanya orang Korea pulak ..

BACA: Ini Sebabnya Kenapa Orang Korea Sangat Respek Orang Islam Yang Menjaga Solat

Sumber: Yazeed Hair Johari