Durioo+

Durioo+: Platform Video Dengan Konten Yang Selamat Dan Patuh Syariah Untuk Kanak-Kanak

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Satu platfom video yang selamat dan mengandungi hanya konten yang sesuai untuk kanak-kanak Islam telah diperkenalkan awal tahun ini iaitu Durioo+ dengan kadar bayaran hanya RM12.90 sebulan.

Ibu bapa yang ingin melanggan Durioo+ untuk anak masing-masing atau yang ingin mencubanya terlebih dahulu secara PERCUMA untuk 7 hari bolehlah menggunakan pautan berikut:

Android, Android TV: www.duriooplus.com/android
iPhone, iPad, Apple TV: www.duriooplus.com/ios
Web: www.duriooplus.com

Nak tahu lebih lanjut apa itu Durioo+?

Seorang ibu, Hanis Athirah Rusli yang gemar berkongsi aktiviti ‘homeschool’ bersama anak, tip ‘parenting’ dan pendidikan kanak-kanak telah menceritakan pengalamannya menggunakan Durioo+ melalui satu hantaran yang dibuat di Facebooknya berikut:

Durioo+

Dulu saya pernah share beberapa channel educational videos yang ada dekat YouTube Kids. Dari segi duniawi tak dinafikan banyak yang bagus. Tapi sejujurnya, masih tak banyak sangat rancangan berbentuk ilmiah yang dapat membantu membentuk peribadi anak-anak Muslim. Walaupun ada mode ‘Parental Control’, platfom antarabangsa YTK ni tetap dibuat untuk pasaran Barat, jadi kebanyakan iklan atau konten tidak sesuai untuk kanak-kanak Islam.

Secara tak sedar, anak-anak mula belajar bertutur dengan perkataan dan mengikut perangai yang tidak elok melalui video yang mereka lihat. Tak banyak, cuma ada terselit video yang menggunakan bahasa yang kurang sopan, karakter yang kurang Islamik, watak yang kurang sopan. Budaya dan cara hidup Barat pun diselitkan. Tapi nak buat macam mana kerana penghasil platform pun bukan daripada orang kita.

Sekarang pun makin berlambak yang mengarut, saya risau sampai banyak betul had sempadan dan tapisan saya buat untuk pastikan tontonan anak-anak selamat.

Penat sangat!

Lebih baik tak bagi terus. Tapi bila tak bagi memang paling lama pun boleh tahan seminggu, lebih dari tu anak mulai request ruang mereka untuk screen time. Kasihan juga kan.

Sampailah saya tahu kewujudan Durioo+ ni. Saya tahu mengenai platform ni apabila terbaca komen salah seorang sahabat alam maya ni. Saya cuba explore dan cuba langgan platform Durioo+ selama 7 hari tu. Menarik sangat rupanya! Saya kiranya macam ketinggalan sebab Durioo ni dah dilancarkan lama dah, bulan Ogos tahun lepas lagi.

Durioo+ ni boleh kata macam satu platform streaming seperti Netflix atau Disney + Hotstar. Tambah lagi menarik platform ini dihasilkan khas untuk kanak-kanak seperti YTK tapi versi Muslim friendly. Saya yang dewasa pun selalu join sekali juga temani anak-anak menonton.

Serius sangat teruja, platform yang menyediakan ratusan video berbentuk Islamik, terjaga dan bebas dari menyelitkan konten atau iklan yang bukan-bukan. Manakan tidak semua konten original Durioo+ dihasilkan oleh syarikat Muslim dan semuanya ditapis oleh ibu bapa Muslim. Pihak Durioo+ akan edit berdasarkan nasihat daripada advisor official mereka iaitu Prof Dr Mariani dan Ustaz Don Daniyal.

Setakat ni kalau nak ikutkan dah ada 600 video, setiap bulan pula akan ditambah 50 video baharu. Yang paling saya puji, konten pula padat dengan ilmu dan pelbagai nilai murni yang positif. Atas sebab ini saya komited untuk teruskan langganan. Beralih pula ke Durioo+.

Saya tulis mengenai ni sebab rasa dah jadi tanggungjawab saya untuk kongsi benda yang ada manfaat untuk kebaikan bersama. Sekarang dah tiba masanya untuk kita bertindak untuk masa depan anak-anak kita dan anak-anak Muslim seluruh dunia insya-Allah.

Terima kasih tuan Sinan Ismail dan team Durioo+ atas penghasilan platform ni. Kalau nak tahu beliau juga yang hasilkan Didi & Friends juga Omar & Hana. Banyak jasa beliau dalam menghasilkan hiburan yang bermanfaat untuk anak-anak kita.

Bersatu, jom sokong platform tempatan!

BACA: “…Ambil Gunting Nak Cucuk Adik Dia” – Ibu Risau Anak Jadi Ganas Lepas Tonton Siri Kartun

Sumber: Hanis Athirah Rusli